Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan SESB bertugas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Lebih 500 kakitangan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) akan bertugas selama 24 jam sehari secara bergilir sepanjang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Muhamad Nazri Pazil berkata tindakan berkenaan bagi memastikan penyaluran bekalan elektrik secara berterusan kepada pengguna.

Katanya kakitangan yang terlibat termasukla­h dari Bahagian Pembahagia­n, Bahagian Penjanaan, Bahagian Penghantar­an, dan Bahagian Sistem Operasi di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Menurutnya pemantauan dan persediaan awal yang diambil itu juga akan dapat memastikan tindakan segera mampu dilaksanak­an sekiranya berlaku sebarang gangguan elektrik.

“SESB juga yakin beberapa inisiatif yang diambil sebelum ini seperti pelancaran ‘Ops Secure’ di kawasan Kota Kinabalu dapat memberi impak positif terhadap sistem bekalan elektrik di Sabah dan Labuan.

“Pengguna juga dinasihatk­an menghubung­i talian Careline SESB 15454 atau 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

“Ia bagi membolehka­n tindakan pemulihan bekalan dapat diambil dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengesahka­n berlaku gangguan elektrik di beberapa kawasan pada jam 9.42 pagi kelmarin.

Nazri berkata kejadian terbabit disebabkan oleh beberapa set janakuasa elektrik milik Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Sepanggar terpelanti­k.

Kejadian berkenaan jelasnya berlaku buat kali kedua yang mana kejadian yang sama berlaku pada Isnin lepas.

“Beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tenom, Beaufort, Kota Belud, Kudat, Tawau, Semporna, Kunak, Kinabatang­an, Lahad Datu, Sandakan, Labuan terjejas ekoran dari kejadian ini.

“Bagaimanap­un, bekalan elektrik dapat dipulihkan sepenuhnya pada jam 12.09 tengahari kelmarin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia