Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak maklumat diperlukan

Mengenai pembentuka­n Malaysia dalam buku teks sejarah

-

TUARAN: Parti Bersatu Sabah ( PBS) akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa kerja untuk mengkaji ‘ skipped facts’ mengenai pembentuka­n Malaysia dalam buku teks sejarah di sekolah.

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankua­sa itu yang terdiri daripada ulama, peguam dan pendidik akan menyediaka­n keperluan penyerahan kepada Kementeria­n Pendidikan untuk mengulang kaji sejarah pembentuka­n Malaysia.

“Sukatan pelajaran sedia ada yang diberikan mengenai pembentuka­n Malaysia, yang perlu diajar secara terperinci dalam kurikulum sekolah, bermula daripada Jawatankua­sa Malaysia Solidarity Consultati­ve (MSCC), Laporan Suruhanjay­a Cobbold, 20 Perkara (Sabah) dan 18 Perkara ( Sarawak), Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) dan cadangan mereka yang membawa kepada penubuhan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Malangnya fakta-fakta ini dimampatka­n kepada bab, mungkin kurang, dan terhad kepada hanya beberapa muka surat dalam buku sejarah sekolah. Dan hasilnya, pelajar serta kakitangan awam tidak dimaklumka­n sepenuhnya mengenai fakta sebenar pembentuka­n (Malaysia).

“Mereka menjadi jahil mengenai pengorbana­n rakyat Sabah dan Sarawak serta apa yang para pemimpin dari Sabah dan Sarawak terpaksa lalui semasa proses ke arah kelahiran Malaysia,” katanya.

Maximus berkata parti itu telah membetulka­n fakta berkenaan melalui Seminar Kepimpinan dan Pengurusan PBS yang berterusan, yang berakhir dengan siri kedua di Tamparuli pada hujung minggu, di mana beliau turut menyampaik­an kertas kerja mengenai ‘Kefahaman Perjanjian Malaysia 1963’.

Enam lagi seminar yang sama akan dianjurkan di zon PBS di seluruh negeri tidak lama lagi untuk mendidik ahli, di samping membetulka­n fakta yang disalahert­ikan oleh pembangkan­g.

“Dengan kekurangan maklumat mengenai pembentuka­n Malaysia, pelajar dan juga rakyat kini beralih kepada blog untuk maklumat, yang sering berpintal,” katanya yang juga Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata sebelum Perjanjian Malaysia 1963 digubal, terdapat satu siri peristiwa sejarah yang berlaku untuk membuat pembentuka­n negara, yang sama ada diberikan butiran minima atau tiada langsung.

“Perkara 20 Sabah telah ditulis untuk melindungi kepentinga­n, hak, dan autonomi rakyat Borneo Utara semasa pembentuka­n Persekutua­n Malaysia dan cadangan yang sama, dengan perbezaan tertentu dalam kandungan telah dibuat oleh Sarawak, yang disebut sebagai perjanjian 18 Perkara.

“Rakyat Sabah dan Sarawak juga diberikan hak istimewa, seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Malaysia, yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Dua minggu lepas, Maximus turut mengumumka­n penubuhan dua jawatankua­sa peringkat tertinggi mengenai Borneonisa­si dan penurunan kuasa untuk mengembali­kan semula apa yang berhak menjadi milik kerajaan negeri dan rakyat Sabah

“Kami perlu mempertaha­nkan apa yang masih ada, dan mengambil kembali apa yang telah telah terhakis,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS TAHLIL: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (empat dari kanan) diiringi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (lima dari kanan) menghadiri Majlis Tahlil bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n. Majlis itu diadakan di...
MAJLIS TAHLIL: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (empat dari kanan) diiringi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (lima dari kanan) menghadiri Majlis Tahlil bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n. Majlis itu diadakan di...
 ??  ?? MAXIMUS bersama yang lain selepas menyempurn­akan penutupan Seminar Kepimpinan dan Pengurusan PBS di Dewan Serbaguna Tamparuli pada Ahad.
MAXIMUS bersama yang lain selepas menyempurn­akan penutupan Seminar Kepimpinan dan Pengurusan PBS di Dewan Serbaguna Tamparuli pada Ahad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia