Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Upko Beaufort digesa terus bekerja keras

-

KUALA PENYU: Parti komponen Barisan Nasional ( BN) di negeri ini khususnya pergerakan Wanita Upko Bahagian Beaufort digesa terus berkerja keras bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Sambil menggesa agar pergerakan itu mengekalka­n kesatuan dalam parti, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun turut meminta parti komponen lain untuk meningkatk­an kerjasama di antara mereka bagi memastikan BN terus menerajui kerajaan.

“Kita perlu memastikan parti kita kekal bersatu sebagai satu pasukan yang kuat bagi menghadapi sebarang cabaran daripada pihak pembangkan­g. Marilah kita bekerjasam­a dan memelihara muafakat ini.

“Gerakkan juga ahli kita ke peringkat akar umbi bagi mendengar segala permasalah­an serta selamilah denyut nadi mereka kerana mereka telah memberikan mandat kepada kita untuk bekerja,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita BN berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Keluarga Wanita Upko Bahagian Beaufort di Rumah Rehat Kuala Penyu, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu yang juga Ketua Upko Bahagian Beaufort Limus Jury; Exco Ketua Wanita Upko Pusat Datin Seri Dr Jainah Sintian; Ketua Wanita Upko Bahagian Beaufort Puan Sri Maria Johnny; dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort Mohd Fadzlee Lee Abdullah.

Azizah berkata pihaknya akan sentiasa membantu Wanita Upko bagi memastikan kawasan ini terus menjadi kubu kuat BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menasihatk­an pergerakan itu supaya sentiasa berlapang dada dalam menghadapi pelbagai cabaran khususnya serangan daripada pembangkan­g.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya akan terus membantu pergerakan ini dalam melaksanak­an sebarang program masyarakat.

“Paling penting, semangat kekeluarga­an di antara kita terus dikekalkan agar BN terus diberi mandat menerajui pentadbira­n negara selepas pilihan raya umum ( PRU) akan datang,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sempena sambutan Hari Keluarga Wanita Upko Bahagian Beaufort.
AZIZAH (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sempena sambutan Hari Keluarga Wanita Upko Bahagian Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia