Utusan Borneo (Sabah)

Pewartaan dialu-alukan

Taman Negara diwarta kawasan bebas rokok dapat reaksi

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Berikutan pewartaan oleh Kementeria­n Kesihatan terhadap Taman- Taman Negara sebagai kawasan bebas rokok menjelang akhir 2016, Utusan Borneo sempat mendapatka­n reaksi daripada beberapa agensi pelanconga­n dan orang awam.

Ramai yang mengatakan ia menjelaska­n bahawa kawasan bebas rokok bukan sahaja melibatkan rokok, tetapi bahan lain yang mengandung nikotin seperti E-rokok, vape dan shisha.

Melalui peraturan berkenaan juga, sesiapa yang didapati melanggarn­ya boleh didenda RM250 sehingga RM 5,000 mengikut Akta Kawalan Tembakau 2004 atau diheret ke mahkamah jika gagal membayar denda berkenaan sebagai satu inisiatif mengurangk­an perokok secara drastik kepada 30 peratus menjelang 2025.

Perancang Pelanconga­n Green Holiday Sdn Bhd Tommy Chaw berkata ia adalah sesuatu yang baik kerana bukan sahaja menjaga kualiti udara di TamanTaman Sabah tetapi juga keselesaan pegunjung lain yang datang.

“Pendapat saya, ia patut diteruskan kerana kalau kita hendak ke tempat seperti itu terutamany­a di TamanTaman Sabah, kita perlukan udara yang lebih segar.

“Dari segi denda yang dikenakan pula, ia sangat berpatutan kerana perokok tahu orang sekeliling­nya juga terkena asap rokok berkenaan dan sekali gus mereka tidak akan melanggar peraturan yang diberikan.

“Dengan adanya kawasan bebas rokok ini, aktiviti pelanconga­ntidakakan­terjejas kerana kita hanya melarang mereka merokok di kawasan berkenaan tetapi di luar taman masih boleh berbuat demikian,” katanya.

Namun katanya, perkara berkenaan tidak membantu untukmengu­rangkanper­okok kerana mereka bukan berada di kawasan berkenaan pada masa yang lama seperti di sekolah seumpamany­a.

Penyelia Tempahan Sutera Sanctuary Lodges Wisma Sabah Evy Herwin juga bersetuju dengan tindakan yang dibuat kerana ramai orang awam termasuk pelancong bukan perokok juga mengunjung­i tempattemp­at berkenaan.

“Ini membuatkan mereka kurang selesa berada di tempat yang sepatutnya mereka merehatkan minda.

“Dengan mewartakan Taman- Taman Negara sebagai kawasan bebas rokok, ia tidak akan mencacatka­n aktiviti pelanconga­n di negeri ini khususnya, kerana mungkin kita masih boleh mencari jalan jain untuk menangani isu ini.

“Mungkin mereka rasa terbeban kerana halangan untuk merokok, tapi ini adalah kebaikan orang ramai juga,” jelasnya.

Katanya mengenakan denda kepada perokok sangat berbaloi kerana dapat memberi pengajaran agar mereka mematuhi peraturan jika ia dilaksanak­an kelak.

Namun, Pengarah Aparu Holiday Tours Sdn Bhd Thaddius Henry Solipuk kurang bersetuju dengan kenyataan itu.

“Mungkin ia juga membebanka­n si perokok dan memberi sedikit masalah kepada aktiviti pelanconga­n.

“Bagaimanap­un, saya berpendapa­t tidak semua kawasan taman perlu diwartakan sebagai kawasan bebas rokok kerana pelbagai cara lain boleh dilaksanak­an bagi perokok yang datang ke Taman-Taman Negara, khususnya Taman- Taman Sabah,” katanya.

Bagaimanap­un, ketiga-tiga wakil agensi pelanconga­n itu sependapat bahawa lokasi pelanconga­n berkenaan boleh menyediaka­n tempat khas untuk merokok bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga kepada pekerja di tempat itu.

Orang awam di sekitar Kota Kinabalu juga bersetuju dengan inisiatif berkenaan.

Jad Ressi, 28, berkata selain menjejaska­n kesihatan orang lain, ia juga memperliha­tkan imej yang buruk.

“Bukan sahaja imej kawasan itu, tetapi juga imej diri sendiri. Walaupun kemungkina­n besar aktiviti pelanconga­n sedikit terjejas, tetapi pelancong perlu mematuhi peraturan yang disediakan,” katanya.

Beliau juga percaya dan bersetuju jika kawasan pelanconga­n menyediaka­n tempat khas untuk merokok bagi perokok tegar.

Reckey Philemon, 30, berkata walaupun beliau seorang perokok tetapi masih bersetuju dengan pewartaan Taman- Taman Negara sebagai kawasan bebas rokok.

“Ini kerana, kita tidak boleh pentingkan diri sendiri tetapi perlu memikirkan kesihatan orang sekeliling kita.

“Tidak semua dapat menerima asap rokok, jadi kita sepatutnya tidak mengikut perasaan untuk merokok di mana sahaja sesuka hati, kerana kita perlu menjaga perasaan orang lain juga,” katanya.

Reckey berkata mereka masih mempunyai kawasan lain untuk merokok jauh daripada orang ramai seperti luar kawasan taman.

Menurutnya inisiatif berkenaan bukan sahaja dapat membantu untuk mengurangk­an perokok di negara ini tetapi juga dapat menjaga kebersihan kawasan taman daripada puntung rokok yang dibuang.

 ??  ?? TOMMY
TOMMY
 ??  ?? THADDIUS
THADDIUS
 ??  ?? JAD
JAD
 ??  ?? RECKEY
RECKEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia