Utusan Borneo (Sabah)

Semangat merdeka perlu dihayati semua generasi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kemerdekaa­n yang dicapai perlu dikekalkan dan dihayati oleh semua generasi bermula daripada bangku sekolah agar kanakkanak memahami makna kemerdekaa­n seterusnya menjadikan golongan itu lebih bersikap cintakan negara di masa hadapan.

Bendahari Persatuan Jawatankua­sa Pengurusan SekolahCin­aJenisKeba­ngsaan Sabah Dexter Lim berkata kesedaran mengenai semangat kemerdekaa­n perlu ditanam dalam diri kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi.

“Kini kita tidak lagi mahu melihat bahawa Hari Kebangsaan itu untuk kali yang ke berapa kerana ia pada suatu masa dahulu telah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat kita.

“Bagi orang dewasa seperti kita, ia tidak mengeliruk­an tetapi untuk kanak- kanak yang bersekolah, ia sudah pasti akan mengeliruk­an mereka.

“Kita mempunyai tarikh Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September dan untuk kita di Sabah, Hari Malaysia adalah diutamakan,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata semangat kemerdekaa­n mesti diteruskan demi mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n agar perpaduan yang wujud mampu meningkatk­an ekonomi negara serta memacu pembanguna­n Malaysia ke arah yang lebih jauh.

Dexter berkata perpaduan yang ada kini berada di tahap yang baik dalam kalangan masyarakat negeri ini sendiri kerana Sabah sememangny­a sudah mempunyai perpaduan yang kukuh sejak dahulu lagi.

“Bagaimanap­un, semangat perpaduan masih perlu dipertingk­atkan di peringkat sekolah khususnya kanakkanak agar mereka mampu membesar dengan semangat perpaduan yang diamalkan negara ini.

“Sempena Bulan Kemerdekaa­n ini, pengisian program kesedaran harus diadakan di peringkat sekolah seperti membuat karangan, perbahasan, melukis dan sebagainya yang berkaitan kemerdekaa­n,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Sabah Chee Kim Heng berkata kemerdekaa­n yang dicapai Malaysia sangat bermakna kepada rakyat secara keseluruha­nnya.

“Ini kerana nenek moyang kita bersetuju untuk membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.

“Tarikh itu sangat penting kepada kita dan sangat berbangga kerana pembentuka­n Malaysia berjaya dicapai pada 1963 dan ia menjadi sejarah penting dalam pembanguna­n negara,” katanya.

Katanya Malaysia terdiri daripada bangsa yang berbilang kaum dengan amalan agama yang berbeza, oleh itu hormat-menghormat­i sangat penting di antara satu sama lain.

Menurutnya hormatmeng­hormati penting kerana ia tanda menghargai Malaysia dan perpaduan juga perlu dilihat sebagai tulang belakang kepada kekuatan negara termasuk sikap faham- memahami dengan kebudayaan masing-masing.

Presiden Persatuan Sze Yi Keningau Kapitan Peter Ma berkata rakyat Malaysia khususnya Sabah sudah bersatu sejak dahulu lagi.

“Ini dapat dibuktikan apabila kita di sini sehingga sekarang boleh duduk semeja di kedai kopi tidak kira kaum atau agama dan berbual bersama-sama.

“Kita di Sabah sudah lama mempunyai semangat 1Malaysia kerana kita di sini saling hormat-menghormat­i dan faham di antara satu sama lain,” katanya.

Katanya dengan kemerdekaa­n yang dicapai Malaysia, perpaduan yang ada diharapkan mampu melonjakka­n ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruha­n.

Menurutnya kesatuan itu sekaligus membolehka­n rakyat menikmati keamanan, keharmonia­n serta ekonomi yang baik.

“Walaupunki­tamempunya­i perbezaan tetapi kita tetap melihat kepada persamaan yang ada dan sama- sama bertoleran­si, fahammemah­ami lalu menjadikan kita sahabat baik,” katanya.

Manakala Pengerusi Dana Pendidikan One Place Mall Poh Wing Hiung berkata semangat kemerdekaa­n sangat penting kepada setiap rakyat di Malaysia.

Katanya di Sabah walaupun terdapat cabaran yang perlu dihadapi tetapi perpaduan yang ada tetap membolehka­n rakyat untuk bersatu sehingga mengekalka­n keadaan aman dan harmoni.

“Kemerdekaa­n yang dicapai ini membolehka­n ekonomi kita berkembang dan keadaan ini perlu dijaga dengan baik.

“Saya berharap kemerdekaa­n yang dicapai Malaysia dapat terus dikekalkan untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmoni,” katanya.

 ??  ?? DEXTER
DEXTER
 ??  ?? POH
POH
 ??  ?? CHEE
CHEE
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia