Utusan Borneo (Sabah)

Latifah angkat sumpah sebagai pemangku ketua Wanita Umno Semporna

-

KOTA KINABALU: Pemangku Ketua Wanita Umno Semporna Hajah Latifah Haji Hindi mengangkat sumpah menyandang jawatan itu di hadapan Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Hajah Armani Haji Mahiruddin, di sini kelmarin.

Majlis itu turut disaksikan oleh Naib Ketua Datuk Jainab Ahmad serta ketua- ketua Wanita Umno bahagian dalam Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Wanita Umno Sabah.

Pelantikan Latifah adalah berikutan bekas ketuanya, Manis Buka Haji Mohd Dara keluar parti sekali gus melepaskan kesemua jawatannya dalam Umno.

Armani dalam ucapannya berharap Latifah dapat meneruskan kepimpinan Wanita Umno Semporna dengan lebih cemerlang, ikhlas dan taat setia.

Katanya mandat yang diberikan kepada beliau itu harus dipikul dengan penuh tanggungja­wab agar dapat membantu pucuk kepimpinan Umno Semporna yang baru.

“Saya mengharapk­an Latifah dapat membawa Wanita Umno di sana dengan lebih cemerlang daripada sebelum ini.

“Wanita merupakan jentera dan tulang belakang Umno. Oleh itu, Wanita harus persiapkan Jalinan Rakyat (JR) untuk membantu jentera induk dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Latifah yang merupakan seorang guru berikrar akan meneruskan perjuangan Wanita Umno Semporna serta melaksanak­an gerak kerja JR sepertiman­a yang telah dipertangg­ungjawabka­n.

“Meskipun sekadar pemangku dan saya masih baru dalam arena politik, namun saya akan mempersiap­kan diri sebagai pemimpin yang lebih baik dan taat kepada pucuk kepimpinan Umno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia