Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia perlu ubah undang-undang Dua anggota tentera antara empat maut kemalangan

Jika mahu masalah jerebu rentas sempadan diselesaik­an

-

KUCHING: Indonesia perlu meminda undang- undang dan sistem pengurusan kebakarann­ya sekiranya mahu masalah jerebu rentas sempadan diselesaik­an, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, undang- undang Indonesia masih membenarka­n pembakaran di atas tanah yang keluasanny­a kurang daripada 0.8 hektar.

Selain itu, katanya, sistem pengurusan tanah gambut di negara jiran itu juga kurang berkesan sehingga turut menyumbang kepada pembakaran dan keadaan berjerebu di negara itu.

“Di Malaysia kita tidak lagi membenarka­n pembakaran seumpamait­udankitabe­rharap pihak Indonesia turut berbuat demikian supaya kejadian jerebu rentas sempadan dapat diatasi atau dikurangka­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Sarawak di sini kelmarin.

Menurut Wan Junaidi, Malaysia dapat mengawal kebakaran terbuka kerana selain undang- undangnya yang ketat ia juga mempunyai pengurusan tanah gambut yang cekap bagi mencegah kebakaran hutan.

“Bagaimanap­un, saya masih yakin dengan janji yang dibuat kerajaan Indonesia semasa mesyuarat peringkat menterimen­teri Asean bahawa pihaknya akan mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasi masalah jerebu rentas sempadan menjelang 2020,” kata Wan Junaidi.

Ditanya mengenai jerebu yang sedang melanda Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor serta beberapa kawasan di Semenanjun­g, Wan Junaidi berkata ia berpunca daripada kebakaran di Sumatera, Riau, Pekan Baru dan Kalimantan.

Bagaimanap­un, katanya, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara berada pada paras yang masih sihat, kecuali di Kuala Lumpur dan Shah Alam melebihi paras 100 pagi tadi.

Katanya Sarawak bernasib baik kerana tiupan angin tidak menghala ke negeri ini dan setakat ini bebas daripada keadaan berjerebu.

Wan Junaidi turut menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bacaan IPU tidak tepat kerana walaupun Kuala Lumpur dan Shah Alam diliputi jerebu tebal tetapi bacaan IPUnya masih berada pada paras sihat.

Menurut beliau, jerebu yang tebal akibat asap tidak bermakna ia pada paras berbahaya kerana bacaan IPU turut mengambil kira bahan terapung yang berbahaya termasuk pelepasan asap daripada kenderaan.Bernama TAIPING: Dua anggota tentera antara empat yang maut dalam tiga kemalangan berasingan di sekitar Taiping malam Isnin dan awal pagi kelmarin.

Dua anggota terbabit ialah Prebet Mohd Faiz Harmain, 23, dari Kulim, Kedah dan Koperal Mohd Badrul Aswat Mat Zain, 22, dari Sik, Kedah manakala dua lagi yang maut ialah Toh Tze Qiang, 29, dari Taiping dan Abdul Wahid Hassan, 48, dari Pantai Remis.

Norsiah Idris, 48, ibu Mohd Faiz berkata anaknya meninggalk­an rumah mereka untuk pulang ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur kira-kira 1 pagi dengan menaiki motosikal Kawasaki Z250.

Beliau berkata anaknya bercuti sehingga kelmarin tetapi pulang segera kerana mahu menghantar surat bagi menjalani kursus di kem itu.

“Saya mendapat tahu mengenai kemalangan Mohd Faiz daripada anggota polis yang datang ke rumah pada 3 pagi,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Taiping, di sini.

Norsiah berkata jenazah anaknya akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Kenari, Kulim selepas Asar.

Mohd Faiz, yang bujang, merupakan anak keempat daripada enam beradik dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia sejak empat tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah dalam kenyataann­ya berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu, dua anggota tentera berkenaan yang menunggang sebuah motosikal telah melanggar belakang sebuah treler di KM229 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Gantang.

Mereka maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian 4.05 pagi kelmarin pula, Toh meninggal dunia selepas gagal mengawal keretanya dan melanggar sebuah kedai makan berdekatan pasar raya Tesco di sini.

Dalam kejadian lain di KM14 Jalan Pantai Remis di sini, Abdul Wahid yang menunggang motosikal dipercayai menjadi mangsa langgar lari apabila motosikaln­ya ditemui di tempat kejadian pada 8 malam pada Isnin.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia