Utusan Borneo (Sabah)

Seminar pendidikan khas

134 ibu bapa dan guru sertai program kecemerlan­gan kanak-kanak istimewa

-

KOTA KINABALU: “SYABAS dan tahniah saya ucapkan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bahang, Penampang kerana berjaya menganjurk­an seminar sebegini selama dua tahun berturut- turut dan saya juga berharap ia menjadi program tahunan dalam takwim tahunan Program PPKI SMK Bahang.”

Demikian ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang Denis Gompion selepas seramai 134 peserta terdiri daripada ibu bapa dan guru yang telah menjayakan seminar kecemerlan­gan pendidikan khas yang diadakan di sekolah berkenaan Sabtu lalu.

“Penyertaan kali ini adalah di luar jangkaan kerana sasaran awal hanyalah seramai 60 orang,” katanya.

Selain daerah Penampang, para peserta program berkenaan termasuk ibu bapa dan guru yang datang dari pelbagai daerah lain, termasuk Kudat hinggalah ke Beaufort.

“Hasrat sekolah adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak istimewa ini bagi melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara,” katanya sempena majlis penutupan program berkenaan.

Turut hadir, Penolong Pengarah Sektor Swasta dan Pendidikan Khas Jeffrey Sarikul yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Maimunah Suhaibul; Pegawai Pendidikan Daerah Mojuntin Ebin; Pegawai Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Daerah Penampang Juraini Jaman; Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas SMK Bahang Nicholas Marcus; dan Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Bahang Veronica.

Denis berkata ibu bapa dan guru perlu menggunaka­n pendekatan berbeza dalam melaksanak­an program pendidikan khas kepada pelajar istimewa.

“Ibu bapa dan guru juga perlu memahami tabiat setiap anak mereka yang memiliki pelbagai keistimewa­an berbeza.

“Sehubungan itu, menerusi seminar yang dianjurkan ini, harapan saya agar pendekatan yang khusus dapat dipraktikk­an dalam mengajar serta mendidik anak- anak ‘ syurga’ ini,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan juga telah dilaksanak­an pada tahun lalu dan tahun ini, pendekatan berbeza telah diambil menerusi tajuk seminar mengikut kesesuaian pendidikan untuk anak-anak istimewa bagi menghadapi zaman yang serba mencabar pada masa kini.

“Terima kasih buat penceramah yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu untuk program ilmu yang bermanfaat ini.

“Bukan mudah untuk mencuri sedikit masa yang tentunya masa sebegini diluangkan untuk bersama keluarga tercinta. Terima kasih buat semua yang hadir untuk program ini,” katanya.

 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan yang hadir.
PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan yang hadir.
 ??  ?? MOJUNTIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta, Aileen Vincent dari Sekolah Kebangsaan Kibabaig, Penampang.
MOJUNTIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta, Aileen Vincent dari Sekolah Kebangsaan Kibabaig, Penampang.
 ??  ?? DENIS
DENIS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia