Utusan Borneo (Sabah)

570 pelajar baharu sudah mendaftar di UMS Labuan

-

LABUAN:Kira-kira 570 pelajar baharu telah melaporkan diri di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan ( UMSKAL) pada hari kedua sesi pendaftara­n yang diadakan di Dewan Utama, pada Isnin.

Jumlah itu semakin menghampir­i sasaran kirakira 700 pelajar baharu yang akan melanjurka­n pengajian tinggi mereka di UMS Labuan bagi Sesi Pengambila­n Akademik 2016/2017.

Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata daripada jumlah itu, hampir 600 orang adalah daripada Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) manakala 110 pelajar lagi di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

“UMS Labuan juga akan menerima kehadiran tiga orang pelajar antarabang­sa dari China, Vanuatu (1) dan Bangladesh (1),”katanya.

Murnizam tidak lupa mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Ahli Jawatankua­sa Minggu Suai Mesra ( MSM) dan Pembimbing Suai Mesra ( PSM) yang membantu kelancaran proses pendaftara­n pelajar baharu itu.

“Proses pendaftara­n pelajar baharu itu berjalan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak khususnya PSM dan AJK Minggu Suai Mesra yang bertugas sejak jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Murnizam bagi pihak Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah mengucapka­n selamat datang kepada pelajar dari Sabah, Sarawak, Semenanjun­g serta pelajar tempatan dari Labuan ke UMS Labuan dan Wilayah Persekutua­n Labuan amnya.

Beliau yakin kehadiran ibu bapa dari seluruh negara itu turut membantu menjana ekonomi dan industri pelanconga­n Labuan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN PSM yang membantu kelancaran proses pendaftara­n pelajar baharu 2016/2017
SEBAHAGIAN PSM yang membantu kelancaran proses pendaftara­n pelajar baharu 2016/2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia