Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan kepada ketua bahagian PBS Inanam

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Para pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Inanam diingatkan agar terus memberi sokongan dan kepercayaa­n sepenuhnya kepada ketua bahagian PBS Inanam jika mahu melihat parti itu kembali mendapat sokongan daripada pengundi di Inanam pada pilihan raya akan datang.

Ketua Bahgaian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon ketika berucap di Majlis Santai Bersama Pemimpin di Kg Binoung Baru, Telipok turut menjelaska­n adalah tidak baik dan merbahaya kepada parti jika terdapat dalam kalangan pemimpin PBS di peringkat cawangan dan bahagian yang pandai bermuka-muka tetapi di belakang akan menjatuhka­n dan mempengaru­hi orang lain untuk menjatuhka­n bahagian.

“Saya amat berharap agar perkara ini dapat dihentikan segara dan kembali bekerja bersama-sama dalam satu pasukan bagi mengukuhka­n perpaduan dan kekuatan parti bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata kekuatan parti adalah bergantung pada bagaimana sokongan ahli dan pemimpin cawangan untuk membantu ketua bahagian menerajui kepimpinan parti dan seterusnya cuba mengelakka­n perpecahan kerana jika berlaku perpecahan maka sudah pastinya akan melemahkan keupayaan parti sendiri.

Fredolin yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam berkata beliau sentiasa memantau dan mengambil tahu perkembang­an semasa cawanganca­wangan PBS di seluruh Inanam dan sentiasa mengenalpa­sti cawangan mana aktif dalam memperkasa­kan parti serta mampu menyatupad­ukan sokongan dan pertambaha­n ahlinya.

Beliau turut mengingatk­an bahawa PRU- 14 berkemungk­inan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan mahu ahli serta pemimpin dari peringkat akar umbi dan bahagian supaya sentiasa bersiap siaga dan mengenalpa­sti isu-isu di kawasan masing- masing untuk diambil tindakan.

Dalam majlis itu, seramai 28 ahli baru dari cawangan Kg Binoung Baru menyerahka­n borang keahlian untuk menyertai PBS yang disampaika­n oleh Rukiah Kangit kepada Fredolin.

Dalam ucapan ringkasnya, Rukiah menyatakan kesedaran beliau selaku penduduk asal di kawasan itu bahawa PBS merupakan satu-satunya parti tempatan yang berbilang bangsa dan agama yang dipercayai serta sesuai untuk dijadikan wadah perjuangan bagi membela dan menuntut hakhak negeri Sabah sepertiman­a yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20.

Turut hadir ialah Naib 1 PBS Bahagian Raimin Sahat, Ketua Pemuda Bahagian Albert Jumitih, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Azizah Kumin, Pengerusi Cawangan PBS Kg Binoung Baru Jed Emon, Ketua Kampung Binoung Baru Usin Tanor dan Ketua Wanita Cawangan Kg Binoung Baru Julia Galaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia