Utusan Borneo (Sabah)

72 individu disyaki terlibat kegiatan perjudian haram ditangkap

-

KUCHING: Seramai 72 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram ditangkap dalam 46 serbuan di seluruh negeri dalam tempoh 22 hingga 28 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Dev Kumar berkata, suspek- suspek yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 70 tahun itu turut merangkumi 16 wanita dan sembilan warga asing.

“Dalam serbuan-serbuan itu, 40 daripadany­a adalah berkaitan loteri nombor haram, tiga adalah atas talian dan tiga lagi judi di tempat awam.

“Wang tunai berjumlah RM37,722 turut dirampas dalam serbuan- serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini pada Isnin.

Dev berkata, usaha polis Sarawak membersihk­an negeri ini daripada aktiviti perjudian, selari dengan seruan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor terus diperkasa dari semasa ke semasa.

Ia dicerminka­n dengan 23 serbuan yang dijalankan di seluruh negeri, di mana 10 daripadany­a dibuat di Miri pada 24 Ogos lalu.

JSJ daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Sarawak menjalanka­n empat serbuan manakala daerah-daerah lain seperti Miri membuat enam serbuan, Kuching (lima), Padawan, Sibu dan Bintulu (masing-masing tiga) serta Serian, Limbang dan Lawas (masing-masing dua).

Daerah Kota Samarahan, Bau, Sri Aman, Sarikei, Betong, Marudi, Meradong, Saratok, Mukah, Dalat, Simunjan, Lubok Antu, Julau, Kapit, Belaga dan Tatau pula masing-masing menjalanka­n satu serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia