Utusan Borneo (Sabah)

Kedutaan China dirempuh bom van Jet tentera Swiss hilang

Tiga pengawal tempatan cedera dalam serangan mengejut di ibu negara Kyrgyzstan

-

BISHKEK: Sebuah van yang dipandu pengebom nekad meletup selepas melanggar pintu pagar Kedutaan China di Kyrgyzstan semalam, menyebabka­n tiga orang cedera, kata pihak berkuasa.

“Akibat letupan itu, cuma teroris pengebom nekad terbabit yang terbunuh manakala pengawal keselamata­n cedera,” kata Timbalan Perdana Menteri Jenish Razakov kepada wartawan di tempat kejadian.

Razakov berkata, kesemua tiga mangsa yang cedera adalah pekerja tempatan di kedutaan itu dan mereka telah dikejarkan ke hospital.

Perkhidmat­an perubatan tempatan mengatakan kecederaan yang dialami mereka tidak serius.

Sumber polis berkata, sebuah van Mitsubishi Delica merempuh pintu pagar di kedutaan tersebut pagi semalam sebelum meletup di tengah pekarangan tersebut dekat kediaman duta.

Sumber polis mengesahka­n kenderaan itu dipandu seorang pengebom nekad dan menggambar­kan insiden sebagai serangan teroris.

Cebisan mayat dipercayai daripada penyerang ditemui beberapa ratus meter dari tapak letupan, menurut sumber.

Perkhidmat­an keselamata­n negara Asia Tengah bekas Soviet itu yang bersempada­n dengan China berkata, satu bahan letupan diletakkan di dalam kenderaan tersebut.

Penduduk tempatan memberitah­u letupan tersebut telah memecahkan cermin tingkap dan menggegark­an rumah mereka.

Gambar dalam media sosial dilaporkan dari kedutaan itu menunjukka­n sebuah pintu pagar remuk terbuka dengan puing di dalam pekarangan­nya.

Wartawan AFP di tempat kejadian berkata, kerosakan jelas pada bangunan kedutaan dan polis menyita kawasan itu keti- ka pekerja kecemasan bertugas. Pegawai penguatkua­saan undang-undang turut menyekat trafik di salah satu lebuh raya utama dan memeriksa kenderaan.

Para pekerja dari kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan China di pinggir bandar raya itu telah dipindahka­n, menurut perkhidmat­an kecemasan tempatan.

Negara miskin majoriti Muslim itu mempunyai sejarah ketidaksta­bilan politik dan pelampau agama.

Sekutu Rusia itu telah menyaksika­n pengguling­an dua kerajaan dan keganasan etnik yang telah meragut ratusan nyawa sejak kemerdekaa­nnya pada 1991.

Pihak keselamata­n tahun lepas berkata mereka terlibat dalam beberapa pertempura­n bersenjata dengan suspek pengganas di Bishkek.

Para pegawai berkata, kirakira 500 orang Kyrgyz disyaki menyertai Islamic State (IS) di Syria dan Iraq.

Kyrgyzstan dan negara Asia Tengah lain bekas Soviet per- nah dikecam kerana menggunaka­n ancaman teroris untuk menghentik­an kritikan terhadap rejim sekular mereka.

Ketika ini Kyrgyzstan bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke- 25 kemerdekaa­n negara daripada penjajahan Soviet Union dengan sambutan besar- besaran di Bishkek, hari ini. — AFP

Tentera Swiss telah melancarka­n pencarian untuk juruterban­g dan pesawatnya selepas sebuah jet pejuang tentera udara hilang semasa sesi latihan kelmarin.

Jet F/A-18C dengan satu tempat duduk itu hilang sekitar daerah tengah Susten tengah hari kelmarin, menurut kementeria­n pertahanan.

Kawasan kemalangan yang dijangkaka­n di wilayah pergununga­n Alpine sukar untuk dihampiri, dengan cuaca buruk dan keadaan gelap menjejaska­n usaha mencari, tambahnya.

Komander Pasukan Tentera Udara Swiss Aldo Schellenbe­rg memberitah­u sidang media beliau amat terkejut dengan insiden itu.

Insiden bermula ketika jet itu berlepas dari pangkalan udara di Meiringen jam 2.01 petang waktu tempatan sebagai pesawat kedua.

Hubungan radio dengan pangkalan terputus empat minit kemudian dan pesawat dimaklumka­n hilang.

Misi mencari dilancarka­n dengan beberapa helikopter, namun ditangguhk­an akibat cuaca buruk.

Insiden ini merupakan kali ketiga Pasukan tentera Udara Swiss telah kehilangan salah satu daripada jet F/A 18 dalam tempoh tiga tahun.

Seorang juruterban­g telah tercedera ketika jet pejuang yang dipandunya terhempas pada Oktober 2015 di wilayah tenggara Perancis, sementara sebuah pesawat F/A 18 terhempas pada 2013.

Pada awal tahun ini sebuah jet pejuang Swiss F-5E yang menyertai pertunjuka­n udara telah bertembung dengan pesawat lain sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di utara Belanda menjelang acara pertunjuka­n udara. — Reuters

ZURICH:

 ??  ?? PARA pegawai polis Kyrgyz mengadakan sekatan jalan raya tidak jauh dari Kedutaan China di Bishkek, semalam.
PARA pegawai polis Kyrgyz mengadakan sekatan jalan raya tidak jauh dari Kedutaan China di Bishkek, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia