Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut dalam nahas trak Takata

-

Seorang wanita terkorban selepas sebuah trak membawa alat ganti beg udara buatan syarikat bermasalah Jepun Takata meletup dalam bebola api yang sangat besar di atas sebatang lebuh raya di Amerika Syarikat (AS), menurut firma tersebut semalam.

Empat orang lagi cedera ketika trak itu yang dalam perjalanan ke kilang syarikat, meletup seperti bom besar, menurut polis tempatan.

Kerosakan begitu teruk sehinggaka­n mangsa perlu dikenal pasti melalui rekod pergigian, kata mereka.

“Satu kawah besar terbentuk di tempat kejadian,” menurut Tom Schmerber, sy-

TOKYO:

erif daerah Maverick, Texas, di mana kemalangan pada 22 Ogos itu berlaku.

“Ia terbakar dan membunuh seorang wanita di dalam sebuah rumah 30 kaki dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa rentung sepenuhnya, namun mereka menemui dua batang gigi dan berjaya mengenalpa­stinya.”

Bagaimanap­un, Takata yang berpusat di Tokyo menafikan kemalangan itu ada kaitan dengan beg udaranya yang bermasalah.

“Kami tidak percaya kemalangan ada kaitan dengan masalah tersebut,” kata jurucakap syarikat.

Takata mendakwa trak bekalan terlibat dalam ke- malangan jalan raya yang menyebabka­n kebakaran yang disusuli letupan kuat.

Kira- kira 100 juta beg udara Takata telah ditarik balik dan firma itu berdepan saman perundanga­n, siasatan dan kos ganti rugi besar, di mana sekurang-kurangnya 15 kematian dilaporkan akibat serpihan besi dan plastik yang terpelanti­ng keluar dari kanister pengembung ke arah pemandu dan penumpang ketika beg udara digunakan.

Pentadbira­n Keselamata­n Trafik Lebuh Raya Persekutua­n AS menyatakan risiko lebih besar di wilayah yang panas dan kering seperti Florida, Texas dan Pantai Teluk. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia