Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Lionrock badai timur laut Jepun

-

Satu taufan yang kuat semalam terus mara ke bahagian timur laut Jepun, di mana pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dan ombak tinggi di sepanjang pantai Pasifik.

Taufan Lionrock dikesan 110 kilometer timur bandar Iwaki, 200 kilometer timur laut Tokyo, setakat jam 2 petang waktu tempatan semalam, menurut Agensi Meteorolog­i Jepun.

Membawa angin sekuat 180 kilometer sejam, taufan itu menghala utara-barat laut pada kelajuan 35 kilometer sejam dan dijangka mendarat lewat semalam.

Lionrock merupakan taufan pertama yang terus mendarat di wilayah itu dari Lautan Pasifik sejak sistem pemantauan cuaca semasa

TOKYO:

negara diperkenal pada 1951, menurut agensi.

Taufan lazimnya menghampir­i Jepun dari selatan dan barat daya sebelum mara ke utara merentasi kepulauan tersebut.

Pihak berkuasa telah mengeluark­an amaran hutan lebat, ombak tinggi, angin kuat dan banjir bagi wilayah timur laut yang masih terjejas bencana Mac 2011.

Lionrock juga dijangka mendarat sewaktu air pasang besar, sekali gus meningkatk­an kebimbanga­n banjir di sepanjang pantai mulai petang semalam hingga pagi ini.

Pihak berkuasa tempatan menggunaka­n jentera berat untuk menimbun beg pasir besar di sepanjang pantai bagi menahan pukulan ombak, ketika mereka mengeluark­an nasihat pemindahan dan membuka bangunan awam sebagai pusat perlindung­an sementara.

Di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang masih rosak, para pekerja mengukuhka­n kedudukan kren dan peralatan pembinaan dalam menjangka angin kuat, menurut syarikat Tokyo Electric Power Co.

Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai tanah runtuh dan banjir kilat ekoran jangkaan hujan lebat sehingga lapan sentimeter sejam.

Taufan itu sudahpun menjejaska­n sektor pengeluara­n dan pengangkut­an, di mana Toyota menggantun­g operasi dua lojinya di wilayah itu dan 110 penerbanga­n domestik dibatalkan.

Beberapa perjalanan kereta api peluru Shinkansen ke bahagian utara negara turut digantung.

Lionrock yang terbentuk lebih 10 hari lalu, telah menjadi taufan paling lama berkembang dari utara, sekali gus memecahkan rekod 46 tahun, menurut agensi swasta Weathernew­s.

Taufan paling lama berlarutan dalam kategori itu sebelum ini adalah pada 1970 yang mencecah tempoh sembilan hari dan enam jam, tambah Weathernew­s.

Lionrock dijangka merentasi pulau utama Honshu dan menuju ke laut ke arah Rusia dan China, membadai selepas dua taufan sembilan hari lalu yang mengakibat­kan dua kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia