Utusan Borneo (Sabah)

Dua pegawai Utara dihukum mati di khalayak ramai

-

Korea Utara menghukum mati di khalayak ramai dua orang pegawainya pada awal Ogos kerana melawan pemimpin mereka Kim Jong Un, sebuah akhbar Korea Selatan melaporkan semalam, dalam apa yang kelihatan sebagai perkembang­an terbaharu dalam siri penyingkir­an bertaraf tinggi di bawah pemerintah­an pemimpin muda itu.

Kim memegang jawatannya pada 2011 selepas kematian ayahnya, Kim Jong Il, dan pengukuhan kuasa termasuk penyingkir­an dan menghukum mati pegawai tinggi, menurut pegawai Korea Selatan.

Memetik sumber tidak dikenali yang biasa dengan pihak Utara, akhbar JoongAng Ilbo menyatakan bekas menteri pertanian Hwang Min dan Ri Yong Jin, pegawai kanan di kementeria­n pendidikan, telah dihukum mati.

Laporan itu tidak dapat disahkan secara bebas, dan

SEOUL:

Kementeria­n Perpaduan Korea Selatan, yang menguruska­n perkara berkaitan dengan Korea Utara, tiada komen lanjut.

Beberapa laporan media sebelum ini mengenai hukuman mati dan penyingkir­an di negara yang menyendiri itu kemudian terbukti tidak tepat.

Laporan muncul sejurus selepas pihak Selatan menyatakan timbalan duta Korea Utara di London telah berpaling tadah dan tiba di Selatan bersama dengan keluargany­a, sekali gus memberi tamparan yang memalukan rejim Kim.

Korea Utara jarang mengumumka­n penyingkir­an atau hukuman mati, walaupun media negara mengesahka­n hukuman mati terhadap bapa saudara Kim yang dianggap secara meluas sebagai lelaki kedua paling berkuasa di negara itu.

Jang Song Thaek dibunuh pada 2012 setelah disabitkan atas fahaman perkauman dan jenayah yang menjejaska­n ekonomi.

Bekas menteri pertahanan Hyun Yong Chol juga dipercayai telah dihukum mati tahun lepas kerana khianat, menurut agensi perisikan Selatan.

JoongAng Ilbo menyatakan dua lelaki itu dihukum mati dengan senjata antipesawa­t di akademi tentera di Pyongyang.

Media negara Korea Utara menyatakan Hwang, salah seorang pegawai yang dinamakan, merupakan menteri pertanian pada 2012, merujuknya sebagai timbalan menteri pertanian pada 2014.

Hwang dibunuh kerana cadangan polisinya dilihat mencabar Kim, jelas JoongAng Ilbo.

Ri pula dilihat menggeleng semasa satu pertemuan dengan Kim sebelum disiasat atas rasuah dan bersikap tidak menghormat­i pemimpin, tambahnya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia