Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dituduh teroris kerana bertudung

-

Dua wanita bertudung yang dikecam seorang pemilik restoran Perancis bahawa semua orang Islam adalah pengganas sebelum dipaksa meninggalk­an restoran, membuat aduan kepada pihak berkuasa kelmarin, menurut kumpulan kempen.

Collective against Islamohobi­a in France ( CCIF) menyatakan, insiden itu mewakili perubahan rasis dalam masyarakat Perancis ketika pendakwa raya membuka siasatan diskrimina­si agama.

Kejadian di Restoran Le Cenacle di Tremblayen- France, pinggir Paris

BOBIGNY:

dirakamkan salah seorang wanita itu dan dimuat naik dalam talian menunjukka­n seorang lagi menyatakan: “Kami tidak mahu dilayan oleh pihak rasis.”

Lelaki dalam rakaman telefon pintar itu memberi respons bahawa rasis sepertinya tidak memasang bom dan membunuh orang.

Dia menambah bahawa pengganas adalah Muslim dan semua Muslim pengganas.

“Saya tidak mahu orang seperti kamu dalam tempat saya. Sekarang kamu tahu maka kamu boleh keluar.”

Pemilik restoran kemu- dian meminta maaf kepada seluruh komuniti Islam atas tindakanny­a apabila seruan agar memboikot perniagaan memenuhi laman media sosial di samping beberapa penilaian negatif.

CCIF bercadang membuat tuntutan sivil terhadap lelaki itu dan akan mendesak ganti rugi sebagai peringatan bagi menamatkan keganasan dan diskrimina­si Islamofobi­a berleluasa.

Ia turut menuduh kerajaan dan kelas politik Perancis bertanggun­gjawab mencetuska­n suasana sedemikian yang menggalakk­an rasisme dan Islamofobi­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia