Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuh Lennon dinafi parol

-

Lelaki yang menembak dan membunuh John Lennon di New York City hampir 36 tahun lepas sekali lagi gagal memujuk lembaga parol negara untuk membebaska­nnya dari penjara dengan parol, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Mark David Chapman, 61, akan tetap dipenjarak­an di penjara kawalan maksimum di Erie County berhampira­n Buffalo, New York, selepas permohonan untuk parol ditolak buat kali kesembilan sejak 2000.

Chapman, peminat obses

NEW YORK:

terhadap pemuzik dan bekas anggota kumpulan Beatles itu, disabitkan menembak Lennon ketika mangsa tiba bersama isterinya Yoko Ono di bangunan pangsapuri di Upper West Side Manhattan pada 8 Disember, 1980.

Chapman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sekurang-kurangnya 20 tahun selepas mengaku bersalah atas dakwaan pembunuhan peringkat kedua.

Petisyen parolnya dibuat setiap dua tahun sejak 2000.

“Dalam banyak faktor yang boleh menyokong, kami men- emui semua sebagai terlebih difikirkan oleh perancanga­n lebih awal dan selebriti yang mencari sumber jenayah,” Lembaga Parol New York berkata dalam kenyataan kelmarin menolak permintaan Chapman.

“Hasil temu bual dan penilaian kami terhadap rekod anda, kami mendapati pembebasan anda akan bertentang­an dengan kebajikan masyarakat dan menunjukka­n betapa seriusnya jenayah yang tidak menghormat­i undang-undang.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia