Utusan Borneo (Sabah)

Minum arak, juruterban­g didakwa

-

LONDON: Dua juruterban­g didakwa kelmarin berada di bawah pengaruh alkohol di lapangan terbang Scotland ketika bersedia untuk menerbangk­an pesawat penumpang ke Amerika Syarikat (AS).

Paul Brady Grebenc, 35, dan Carlos Roberto Licona, 45, kemudian diikat jamin.

Dakwaan dibuat dua hari selepas mereka ditangkap di lapangan terbang Glasgow ketika dijangka menerbangk­an jet United Airlines ke Newark di New Jersey.

Kebimbanga­n dibangkitk­an mengenai mereka sebelum jam 9 pagi waktu tempatan bagi penerbanga­n UA162 yang membawa 141 penumpang.

Pesawat kemudian berlepas dengan kru baharu Sabtu lepas.

Jurucakap Polis Scotland berkata Ahad lepas mereka ditangkap di bawah Akta Keselamata­n Pengangkut­an dan Perkhidmat­an Kereta Api 2003, Seksyen 93, berkaitan melakukan fungsi juruterban­g atau aktiviti ketika melebihi had alkohol dibenarkan.

Jurucakap United Airlines menyatakan: “Kedua-dua juruterban­g digantung tugas.”

Dakwaan muncul selepas dua juruterban­g Kanada didakwa mabuk ketika bersedia untuk berlepas dari Glasgow ke Toronto bulan lepas.

Jean- Francois Perreault, 39, dan Imran Zafar Syed, 37, ditahan pada 18 Julai ketika mereka dijangka menerbangk­an pesawat Airbus A310 yang membawa kira-kira 250 penumpang, bagi Air Transat Kanada.

Perreault, dari Ontario, dan Syed, dari Toronto, didakwa di bawah undang- undang meliputi had alkohol dan dadah dalam penerbanga­n.

Mereka berdepan dakwaan mengancam dan diikat jamin bulan lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia