Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh lembaga perindustr­ian

Bagi bidang sarang burung walit di Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu lembaga perindustr­ian bagi bidang sarang burung walit bagi memacukan lagi industri itu di negeri ini.

Presiden Persatuan Pemilik Rumah dan Industri Sarang Burung Walit Sabah (Swifin) Datuk Karim Bujang berkata dalam masa sama, sebarang peruntukan daripada pihak kerajaan bagi menggalakk­an lagi industri itu dapat disalurkan terus kepada badan berkenaan untuk pengurusan lebih efektif.

“Swifin sedia bekerjasam­a bagi merealisas­ikan usaha ini kerana selain meningkatk­an pendapatan Kerajaan Negeri, ia juga dapat menaikkan taraf hidup rakyat miskin menerusi penglibata­n mereka dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an ceramah di Seminar Panduan Amalan Penternaka­n Yang Baik ( GAHP) Sarang Burung Walit di Hotel Grand Borneo, baru-baru ini.

Dalam perkembang­an lain, Karim turut meminta Kerajaan Negeri dan kementeria­n berkaitan untuk memainkan peranan dalam pemberian hak memproses dan mengekspor­t produk itu ke negara China kepada pengusaha sarang burung walit tempatan.

Jelas beliau usaha itu penting kerana pengeluara­n sarang walit dari negeri ini mampu memenuhi permintaan pasaran berkenaan.

Katanya China telah menetapkan syarat ketat bagi sebarang produk sarang burung walit yang masuk ke negara itu menerusi lantikan beberapa syarikat yang ketika ini berpangkal­an di Semenanjun­g dan Sarawak.

“Selama ini, Sabah telah mengekspor­t pelbagai produk seperti perikanan dan pertanian secara terus ke China, namun tidak kepada produk sarang burung walit kecuali menerusi ejen dilantik syarikat yang berpangkal­an di Semenanjun­g.

“Situasi ini bukan saja meningkatk­an kos kami sebagai pengusaha tetapi juga menjejaska­n persaingan dalam industri ini dan pada masa sama, memberi impak negatif kepada harga komoditi ini,” katanya.

Karim yang juga pengerusi Sabah Port Sdn Bhd berkata produk sarang burung walit dari Sabah merupakan antara yang terbaik dari segi kualiti dan keaslianny­a berbanding negara lain di rantau ini.

Malah katanya, sejarah membuktika­nbahawasum­ber bekalan sarang walit untuk maharaja di era Disnasti China suatu ketika dahulu telah diperolehi dari beberapa gua asli di Sabah.

“Ini merupakan bukti bahawa kualiti produk yang turut dikenali sebagai ‘emas putih asli’ dari Sabah merupakan yang terbaik dan berpotensi memenuhi pasaran serta piawaian ditetapkan pihak berkuasa China.

“Justeru, bantuan Kerajaan Negeri dan kementeria­n berkaitan diharapkan agar kami sebagai pengusaha tempatan diberi peluang mendapatka­n permit eksport tanpa perlu melalui orang tengah lagi,” katanya.

Pada seminar itu, seramai 100 pengusaha dan pemilik rumah sarang burung walit menghadiri program selama dua hari anjuran Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Negeri Sabah dengan kerjasama Swifin.

 ??  ?? KARIM (kiri) menyampaik­an ceramah dan penerangan kepada sebahagian pengusaha dan pemilik rumah sarang burung walit.
KARIM (kiri) menyampaik­an ceramah dan penerangan kepada sebahagian pengusaha dan pemilik rumah sarang burung walit.
 ??  ?? KARIM (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengusaha dan pemilik rumah sarang burung walit.
KARIM (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengusaha dan pemilik rumah sarang burung walit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia