Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat patriotik

-

SRI AMAN: Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n Datuk Francis Harden Hollis mahu Program ‘ Moh Ngeteh’ Hari Kebangsaan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia ( KKLW) dilaksanak­an agensinya, Jabatan Kemajuan Masyarakat ( Kemas) sebagai acara tahunan.

Beliau berkata, program seumpama ini mampu menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terutama di peringkat akar umbi.

“Saya sarankan agar program unik ini dijadikan acara tahunan bermula tahun ini sebagai salah satu program baharu jabatan ini.

“Ia perlu dijadikan program tahunan dan saya kagum dengan idea ditimbulka­n oleh KKLW dengan mewujudkan program ini tahun ini,” katanya ketika merasmikan Program ‘Moh Ngeteh’ Hari Kebangsaan KKLW Peringkat Negeri di sini pada Isnin.

Program itu diadakan di pekarangan Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah, Sri Aman berjaya menarik seramai 256 orang terdiri daripada penduduk kampung, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), ahli persatuan, peserta kelas Kemas serta kanak- kanak Tabika Kemas di sini.

Sementara itu, Pengarah Kemas Sarawak Abang Rabaiee Abang Muhi berkata program itu diadakan serentak di seluruh negara dengan menyasarka­n seramai 500,000 orang peserta.

“Sri Aman dipilih untuk penganjura­n program ini bagi Sarawak dan semua pejabat Kemas Bahagian, Daerah dan Kelas Tabika KEMAS turut mengadakan program itu serentak hari ini.

“Kita harap sasaran 500,000 penyertaan tercapai kerana program ini akan dimasukkan dalam Malaysia Books of Records (MBOR),” katanya.

Hadir sama dua Penolong Pengarah Kemas Sarawak Langi Liban dan Mohd Azrul Aidi Philip, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim serta ketua-ketua masyarakat.

Program itu turut dimeriahka­n dengan pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak Tabika Kemas Bomba, Tabika Kemas Temudok dan Tabika Kemas Taman Sentosa Indah dan sambutan hari lahir warga Kemas serta kanak-kanak Kemas pada Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia