Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan harus buka mata syarikat minyak lain Seluruh rakyat Sarawak sokong tindakan kerajaan negeri beku permit kerja Petronas

-

MIRI: Perundinga­n antara kerajaan negeri dan Petronas sehingga membawa kepada kelulusan tujuh perkara utama melibatkan kepentinga­n rakyat Sarawak harus membuka mata syarikat minyak lain di Sarawak.

Aktivis Masyarakat Wan Zain Syed Mohdzar berkata keseluruha­n rakyat Sarawak dilihat memberi sokongan terhadap tindakan kerajaan negeri membekukan permit kerja Petronas sehingga rundingan menampakka­n hasil.

“Kita melihat peluang pekerjaan semakin luas iaitu 192 jawatan diiklankan dalam akhbar tempatan untuk diisi dan diberi keutamaan kepada penduduk tempatan seterusnya mengurangk­an penganggur­an,” katanya di sini barubaru ini.

Beliau menambah, ia adalah satu usaha membuka mata mana-mana syarikat di Sarawak yang masih mengamalka­n kerenah ‘kuku besi’ dan berat sebelah dalam soal pengambila­n tenaga kerja.

“Kita percaya tindakan ini bukan sahaja menyedarka­n syarikat minyak negara tetapi syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Sarawak dengan mengetepik­an hak rakyat Sarawak,” jelasnya.

Beliau amat berharap tujuh perkara yang dipersetuj­ui bersama itu menampakka­n hasil yang nyata dan sekiranya syarikat itu gagal melunaskan perjanjian maka tindakan membeku permit perlu dilaksanak­an.

“Bagi mengelakka­n penganggur­an graduan, Petronas juga perlu menyediaka­n bukan hanya 50 tempat tetapi lebih ruang kepada graduan yang ketika ini menganggur menjalani latihan di Universiti Teknologi Petronas,” ujarnya.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan negeri menerima pelan kerja Petronas untuk meningkatk­an bilangan rakyat Sarawak di peringkat pengurusan (60 peratus), pengurus (60 peratus), eksekutif (75 peratus) dan bukan eksekutif (95 peratus) menjelang 2020.

“Sewajarnya perkara ini telah lama dilaksanak­an kerana syarikat itu beroperasi di negeri ini dan seharusnya keutamaan peringkat pengurusan wajib melibatkan warga tempatan dan bukannya orang luar,” jelasnya.

Malah, usaha Sarawak mendapatka­n royalti sebanyak 20 peratus berbanding lima peratus ketika ini mendapat maklum balas positif daripada penduduk peribumi Sarawak.

“Sarawak sewajarnya mendapat royalti lebih lima peratus kerana sumber minyak datang dari Sarawak sendiri dan royalti ini penting kepada kita membangunk­an Sarawak setanding dengan bandar besar di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) bersama Morshidi (kiri) dan Fatimah (kanan) menunjukka­n buku Jawatankua­sa Kabinet selepas sidang media di Kuching.
ABANG Johari (tengah) bersama Morshidi (kiri) dan Fatimah (kanan) menunjukka­n buku Jawatankua­sa Kabinet selepas sidang media di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia