Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tubuh tiga Jawatankua­sa Kabinet

-

KUCHING: Kerajaan negeri kini menubuhkan tiga Jawatankua­sa Kabinet bagi memenuhi keperluan untuk Sarawak mencapai pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi dan menangani bidang autonomi serta penyampaia­n perkhidmat­an.

Jawatankua­sa Kabinet ini akan diterajui oleh tiga Timbalan Ketua Menteri sedia ada untuk menjaga setiap pelan transforma­si yang diwujudkan iaitu Transforma­si Sosioekono­mi, Transforma­si Luar Bandar serta Transforma­si Penyampaia­n Perkhidmat­an dan Prestasi.

Transforma­si Sosioekono­mi diterajui Datuk Amar Douglas Uggah Embas sementara Transforma­si Luar Bandar diterajui Tan Sri Datuk Amar James Masing manakala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menerajui Transforma­si Penyampaia­n Perkhidmat­an dan Prestasi.

“Peranan dan objektif Jawatankua­sa Kabinet ini adalah untuk mengenal pasti Bidang Keberhasil­an Utama ( KRA) dan mencadangk­an penambahba­ikan, penyelesai­an serta campur tangan yang dapat membawa kepada pertumbuha­n, pembanguna­n, kemajuan dan keharmonia­n Sarawak sama ada secara tempoh segera, sederhana mahupun jangka panjang,” kata Abang Johari kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Transforma­si Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an di Peringkat Jawatankua­sa Kabinet di Hotel Pullman di sini yang turut dihadiri Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Menjelaska­n lanjut, Abang Johari berkata Jawatankua­sa Kabinet tersebut juga akan bermesyuar­at sekurang-kurangnya sekali sebulan serta mendapatka­n taklimat daripada setiap Jawatankua­sa Kerja (Sekretaria­t) mengenai data, projek dan program termasuk isu dan masalah.

Selain itu, katanya ialah untuk mengenal pasti KRA dan mencadangk­an pelan tindakan campur tangan serta penyelesai­an termasuk untuk mengenal pasti bidang khusus baharu bagi kemajuan dan pembanguna­n jika ada atau relevan.

Beliau menambah, Jawatankua­sa Kerja juga boleh bertindak sebagai sekretaria­t dan memberi sokongan kepada ‘lab retreat’ Jawatankua­sa Kabinet serta menyediaka­n maklumat dan data mengenai dasar, program dan isu berkaitan kawasan di bawah setiap Jawatankua­sa Kabinet.

“Jawatankua­sa Kerja akan diketuai timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan disokong pegawai-pegawai tertinggi dan ketua-ketua jabatan untuk memastikan transforma­si mencapai objektifny­a serta maklumat dan data yang diberikan adalah tepat.

“Ia juga untuk menyokong Jawatankua­sa Kabinet dengan berkesan,” katanya.

Mengenai Transforma­si Penyampaia­n Perkhidmat­an dan Prestasi yang diterajuin­ya, Abang Johari berkata peranan jawatankua­sa tersebut adalah untuk mendapatka­n lebih banyak autonomi bagi negeri dan meningkatk­an prestasi serta keberkesan­an program dan penyampaia­n perkhidmat­an.

Menurutnya, sekretaria­t jawatankua­sa ini akan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Sabariah Putit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia