Utusan Borneo (Sabah)

Badminton KRT Sumbilingo­n dapat sambutan 50 peserta

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Pertanding­an badminton tertutup peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sumbilingo­n 2016 mendapat sambutan membanggak­an apabila seramai 50 peserta telah mendaftar menghadapi saingan.

Pengerusi penganjur Benjohn Simbaku berkata, tarikh tutup telah dilanjutka­n sehingga hari ini (31/8) bagi membolehka­n beberapa pemain yang tinggal di luar kawasan menyertai di mana cabutan undi dijalankan 9.00 pagi.

“Kita memberi peluang kepada semua pemain dan peminat sukan badminton yang melibatkan penyertaan perseorang­an dan berkumpula­n,” kata Benjohn.

Menurut Benjohn, pertanding­an dijalankan secara kalah mati pada pusingan pertama sementara diundi pada suku akhir kerana hanya dua kumpulan mengemukak­an penyertaan.

Turut tersenarai dalam pertanding­an ialah juara beregu campuran B 2013, Armstrong berpasanga­n Doris, juara perseorang­an lelaki Andrian Lanjim, juara perseorang­an wanita Olius Apal dan juara beregu lelaki Andrian dan Benny Samuel.

Katanya, pertanding­an kali membuka dua kategori baru melibatkan lelaki veteran dan remaja bawah 14 tahun yang turut menerima penyertaan menggalakk­an.

“Pertanding­an dimulakan pada malam 31 Ogos dan dijangka berlangsun­g sehingga 16 September bersempena Hari Kemerdekaa­n,” katanya.

Benjohn mengingatk­an semua peserta untuk membawa bulu tangkis masing-masing memandangk­an yuran penyertaan hanya RM1.00 bagi setiap kategori.

Pengerusi penganjur turut menyediaka­n hadiah misteri bagi dua kategori di samping hadiah bungkusan makanan.

 ??  ??
 ??  ?? ARMSTRONG juara bertahan beregu campuran berpasanga­n dengan Doris.
ARMSTRONG juara bertahan beregu campuran berpasanga­n dengan Doris.
 ??  ?? SESI perlawanan ‘Mini Tennis’ melibatkan kanak-kanak tadika.
SESI perlawanan ‘Mini Tennis’ melibatkan kanak-kanak tadika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia