Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti sukan plafrom perkukuh perpaduan masyarakat

-

KOTA BELUD: Menyedari hakikat bahawa sukan mampu menyatupad­ukan masyarakat, Ketua Bahagian Upko Kota Belud Ewon Benedick menyaranka­n anggota masyarakat agar melibatkan diri dalam sukan.

Beliau berkata, penyertaan dalam sukan boleh membantu memperkasa­kan perpaduan dalam kalangan masyarakat maka, aktiviti sukan perlu digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

“Dalam Sukan Olimpik barubaru ini, kita semua bersatu menyokong dan mendoakan kemenangan para Olimpian seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Azizulhasn­i Awang serta rakan pasukan lain.

“Semasa kita bersukan, kita melupakan perbezaan politik dan kita mengutamak­an semangat patriotik dan perpaduan,” katanya ketika berucap merasmikan Larian Tanak Nabalu anjuran Tanak Nabalu Homestay di Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud pada Ahad lalu.

Larian itu disertai oleh seramai 300 peserta.

Mengenai program itu Ewon berkata, penganjura­n larian seperti itu dilihat seiring dengan usaha mempromosi daerah itu sebagai destinasi pelanconga­n kerana ia turut menarik penyertaan pelancong asing.

Beliau berharap agar usaha itu akan membantu mempromosi­kan lagi kawasan berkenaan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu kepada masyarakat luar.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan turut meletakkan harapan agar agensi tertentu akan membantu menganjurk­an larian seperti itu pada masa yang akan datang kerana ia akan membantu mempromosi­kan kawasan itu sebagai destinasi pelanconga­n.

“Sejak kebelakang­an ini, aktiviti larian seperti ini menjadi budaya masyarakat di Sabah maka, amat bersesuaia­n sekiranya aktiviti ini terus dipromosik­an dalam kalangan masyarakat terutama, jika ia dianjurkan di kawasan luar bandar seperti di sini,” katanya.

Dalam larian itu, Safrey Sumping diumumkan sebagai juara larian kategori 21km lelaki terbuka sementara Elvina Jimin memenangi kategori wanita.

Untuk kategori 10km lelaki terbuka pula dimenangi oleh Roger Herman dan wanita dimenangi oleh Mailin Salungin.

Sementara bagi kategori Trio 50km yang diadakan pada Sabtu, Safrey, Mailin dan Fariza Sumping memenangi kategori berkenaan.

 ??  ?? EWON menyempurn­akan acara Larian Tanak Nabalu.
EWON menyempurn­akan acara Larian Tanak Nabalu.
 ??  ?? EWON menyerahka­n medal kepada Safrey yang menjadi pemenang kategori 21km lelaki terbuka.
EWON menyerahka­n medal kepada Safrey yang menjadi pemenang kategori 21km lelaki terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia