Utusan Borneo (Sabah)

Sheldon kekalkan kejuaraan

Kejohanan Snuker Jemputan TKC Ke-9, 2016

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jaguh remaja kebangsaan Sheldon R. Senagang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan di Kejohanan Snuker Jemputan TKC Ke-9, 2016 untuk terus menjulang Piala TKC buat tahun kedua berturuttu­rut.

Kemenangan di The Kinabalu Club (bersebelah­an Padang Merdeka) pada Ahad itu cukup bermakna dalam usaha pemain berusia 22 tahun itu memburu hatrik buat kali kedua tahun hadapan, selepas menjadi pemain pertama melakukann­ya pada tahun 2010-2012.

Kejuaraan keempat peribadi kali ini dicatat dengan menewaskan raja pool kebangsaan Ibrahim Amir menerusi agregat 5-1 selepas lawan memenangi set pertama menerusi keputusan 23-88, tetapi dikejar mudah menerusi set kedua hingga keenam berkesudah­an dengan 69-37, 59-38, 73-41, 74-53 dan 54-40.

Pada separuh akhir, Sheldon yang juga juara Sabah 2011 dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Loo Yew Keat menerusi agregat 4-3, manakala Ibrahim men- galahkan juara Sabah 2009 yang juga juara TKC 2013; Rasid Mambalusan @ Samy menerusi agregat 4-1.

Dalam aksi suku akhir pula, Sheldon mengenepik­an cabaran Louis Yap menerusi agregat 4-1, Ibrahim menundukka­n juara Sabah 2010; Nealson Low menerusi agregat 4-3, Yew Keat mengalahka­n Arbaid Jaalin menerusi agregat 4-0 sambil Rasid menewaskan juara Sabah 2002 dan 2005 yang juga juara TKC 2009; Frankie Kok juga menerusi agregat 4-0.

Kejohanan itu yang juga menyediaka­n Anugerah Catatan Tertinggi dimenangi oleh Ibrahim dengan catatan 89 mata.

Hadiah kepada para pemenang disampaika­n oleh pengerusi TKC; John P. Math dengan disaksikan oleh ahli majlis tertinggi kelab.

 ??  ?? JOHN Math (tiga kanan) menyampaik­an Piala TKC kepada Sheldon selepas merangkul gelaran juara Kejohanan Snuker Jemputan TKC Ke-9, 2016 pada Ahad.
JOHN Math (tiga kanan) menyampaik­an Piala TKC kepada Sheldon selepas merangkul gelaran juara Kejohanan Snuker Jemputan TKC Ke-9, 2016 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia