Utusan Borneo (Sabah)

Kepulangan Messi masih tertangguh, Aguero cedera

-

Kepulangan semula Lionel Messi ke dalam skuad kebangsaan Argentina mungkin tertangguh sementara kerana kecederaan pangkal paha, menurut kelab beliau Barcelona Isnin lepas.

Messi dijangka akan kembali bersama skuad Argentina untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Uruguay dan Venezuela selepas menarik balik keputusan mengejut bersara dari bola sepak antarabang­sa pada bulan Jun lepas.

“Pemain akan kembali ke Argentina untuk menyertai pasukan kebangsaan dan bentuk kesakitan yang beliau alami akan menentukan sekiranya beliau dapat bermain atau tidak,” kata Barca dalam satu kenyataan.

Argentina sudah kehilangan dua pemain utama, Sergio Aguero dan Javier Pastore kerana kecederaan dan tidak tersenarai ke dalam skuad Isnin lepas.

Aguero mengalami kecederaan ketika bermain untuk Manchester City hujung minggu lepas.

Pastore, pemain tengah kelab Paris Saint Germain (PSG), juga tidak akan beraksi kerana kecederaan betis.

Messi mengumumka­n persaraan dari bola sepak antarabang­sa selepas Argentina tewas di final Copa Amerika kepada Chile, dengan Messi juga gagal menyempurn­akan tendangan penalti beliau.

Ia adalah kali ketiga Argentina dan juga Messi tewas di final dalam tempoh tiga tahun – tewas 0-1 di final Piala Dunia 2014 kepada Jerman dan tewas dua kali di final Copa Amerika – kepada Chile.

Messi menarik balik keputusann­ya tiga minggu lepas setelah jurulatih baharu Argentina, Edgardo Bauza berjaya memujuk beliau ketika kunjungan ke Sepanyol.

Argentina melayani kunjungan Mendoza Khamis ini sebelum bertandang ke Venezuela pada perlawanan kedua 6 September.

Argentina berada di tangga ketiga kumpulan kelayakan melibatkan 10 pasukan Zon Amerika Selatan selepas enam perlawanan. Empat pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia 2018 yang akan berlangsun­g di Rusia. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia