Utusan Borneo (Sabah)

Kurang bakat tempatan paksa Allardyce beralih kepada pemain kelahiran asing

-

BURTON- ON- TRENT, England:

Jumlah bakat tempatan yang berkuranga­n dalam Liga Perdana Inggeris mungkin menyebabka­n jurulatih baharu England, Sam Allardyce tidak mempunyai sebarang pilihan tetapi memilih pemain kelahiran asing yang mempunyai kerakyatan British, kata beliau Isnin lepas.

Selepas menamakan skuadnya untuk kempen pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Slovakia Ahad ini, Allardyce mendedahka­n bahawa beliau ada cuba dan gagal untuk memanggil pemain tengah Sevilla dari Perancis, Steven N’Zonzi.

Cubaan beliau dihalang oleh badan induk bola sepak antarabang­sa (FIFA) kerana N’Zonzi pernah bermain untuk skuad bawah 21 tahun, tetapi dengan hanya sekitar 35 peratus pemain England bermain dalam Liga Perdana, Allardyce mahu mengekalka­n pilihan yang ada.

Ditanya jika beliau tidak seharusnya memberikan keutamaan kepada pemain kelahiran tempatan, Allardyce berkata: “Ia berlaku di semua negara lain di dunia.

“Kekurangan pemain England dalam Liga Perdana, saya fikir hanya 31 peratus. Jika mereka ini tidak bermain dengan kerap, sudah tentu jika anda mahu memenangi manamana kejuaraan dan pemain berkemampu­an dimasukkan ke dalam skuad, maka haruskah anda memberikan­nya peluang?

“Ia situasi yang sukar, saya bersetuju dengan anda. Saya harus melihat sekiranya suatu hari nanti saya melakukann­ya, bagaimana reaksi seluruh negara.”

Raheem Sterling, yang berkelahir­an Jamaica, adalah satusatu pemain kelahiran asing dalam skuad Allardyce. Pemain sayap Manchester City itu berpindah ke England ketika masih berusia lima tahun.

Allardyce menjelaska­n pasukan kriket dan ragbi England sebagai contoh pasukan kebangsaan yang berjaya mengintegr­asi pemain kelahiran asing ke dalam skuad.

“Kriket melakukann­ya,” kata beliau. “Begitu juga ragbi dan olahraga. Jadi kenapa kita (bola sepak) tidak dapat.”

Allardyce juga mendedahka­n di mana Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris begitu aktif mencari pemain bukan kelahiran tempatan yang mungkin layak bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Ia bukan urusan saya untuk mencari pemain seperti ini. Kami mempunyai jabatan untuk menguruska­nnya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia