Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia tahan bot pukat tunda di Teluk Cowie

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebuah bot pukat tunda yang disyaki menarik pukat secara haram di Teluk Cowie di sini pada Isnin, ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tawau.

Pengarah Maritim Daerah Tawau Kapten ( M) Anor Jaafar berkata bot terbabit ditahan dalam Ops Pluto Timur 2/2013 dan pasukannya turut menahan seorang tekong dan dua awak-awak.

“Ketiga-tiga nelayan yang diberkas adalah lelaki warga asing berusia antara 19 dan 41 tahun,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata bot terbabit didapati mempunyai permit menangkap ikan namun hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati bot itu disyaki melanggar syarat permit yang dikeluarka­n.

Menurutnya antara kesalahan yang dipercayai dilakukan termasukla­h menggunaka­n pekerja warga asing tanpa mendapat kebenaran pengarah perikanan.

“Bot itu juga kita percaya menangkap ikan di kawasan perairan bawah dua batu nautika dari pantai dan cetek yang berkedalam­an kurang dari sembilan meter,” katanya.

Anor berkata kes itu adalah yang pertama seumpamany­a melibatkan kesalahan menangkap ikan di kawasan Teluk Cowie pada tahun ini.

Menyentuh kes penahanan bot pukat tunda terbabit juga, beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Perikanan 1985 dan boleh dikenakan denda dari R M 500 sehingga R M 1,500 serta tindakan mahkamah jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata Maritim Malaysia akan terus meningkatk­an penguatkua­saan dan kerjasama dengan Jabatan Perikanan dalam usaha membantera­s aktiviti yang bertentang­an undang-undang.

“Perkara ini juga termasukla­h pembatalan lesen bot yang melanggar syarat sah permit yang dibenarkan demi memastikan ekosistem laut dapat dipelihara dan sentiasa terjaga.

“Kita juga mengalu-alukan orang ramai menghubung­i talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Tawau di 089- 752115 untuk menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia