Utusan Borneo (Sabah)

Tom Holland, Ruth Negga antara calon ‘Rising Star’ di BAFTA

‘La La Land’ dahului senarai pencalonan

-

T

OM Holland, aktor terbaru yang menyarungk­an sut ‘Spider-Man’, dan aktres ‘Loving’ Ruth Negga antara calon untuk EE Rising Star Award tahun ini, kata British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) baru-baru ini.

Senarai lima orang calon itu turut termasuk aktres Sepanyol Laia Costa, terkenal dengan ‘Victoria’, pelakon ‘The Witch’ Anya Taylor-Joy dan pelakon ‘Manchester by the Sea’ Lucas Hedges.

Pemenang-pemenang lalu, yang dipilih oleh orang awam, termasuk pelakon ‘Star Wars: The Force Awakens’ John Boyega dan calon Oscar Tom Hardy.

Pengumuman penuh caloncalon Anugerah BAFTA telah pun diadakan pada minggu lepas dengan filem muzikal romantik ‘La La Land’ mendahului senarai pencalonan selepas mencatat kemenangan besar di Anugerah Golden Globes Hollywood.

Filem cereka sains ‘Arrival’ dan drama terbaharu arahan pereka fesyen Tom Ford ‘Nocturnal Animals’ masing-masing memperoleh­i sembilan pencalonan, sementara filem ‘Manchester by the Sea’, mengenai sebuah keluarga yang sedang berdepan dengan tragedi mendapat enam pencalonan.

Bintang ‘La La Land’ Ryan Gosling dan Emma Stone masing

masing mendapat pencalonan dalam kategori pelakon terbaik. Filem yang mengisahka­n tentang seorang pemain piano dan aktres yang baru bertapak di Hollywood itu turut dicalonkan untuk filem terbaik, muzik asal terbaik, suntingan terbaik, sinematogr­afi terbaik, bunyi terbaik, rekaan produksi terbaik dan rekaan kostum terbaik. Pengarahny­a, Damien Chazelle dicalonkan dalam kategori pengarah dan lakon asal terbaik. Pada Ahad lepas, filem muzikal itu memenangi tujuh anugerah Golden Globes. ‘Arrival’ akan bersaing untuk filem terbaik, lakon layar adaptasi terbaik, muzik asal terbaik, suntingan, sinematogr­afi, kesan visual khas dan bunyi. Amy Adams dicalonkan dalam kategori aktres terbaik manakala Denis Villeneuve sebagai pengarah terbaik. Ford akan bersaing untuk pengarah dan lakon layar adaptasi terbaik untuk filem ‘Nocturnal Animals’ sementara Jake Gyllenhaal dicalonkan untuk aktor terbaik dan Aaron TaylorJohn­son dalam aktor turut menerima pencalonan dalam muzik asal terbaik, sinematogr­afi terbaik, rekaan produksi terbaik, suntingan dan solekan terbaik. Anugerah BAFTA akan diadakan di London pada 12 Februari depan. BERI SAINGAN: (Dari kiri) Pengarah ‘La La Land’ Damien Chazelle bersama Emma Stone dan Ryan Gosling ketika menghadiri Majlis Minum Petang BAFTA di Four Seasons Hotel Los Angeles di Beverly Hills pada 7 January lepas. — Gambar AFP

 ??  ??
 ??  ?? pembantu terbaik. Filem itu juga
pembantu terbaik. Filem itu juga
 ??  ?? RUTH NEGGA
RUTH NEGGA
 ??  ?? TOM HOLLAND
TOM HOLLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia