Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara dan denda terlibat sindiket kad pengenalan palsu

Terlibat sindiket kad pengenalan palsu

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara lima tahun dan enam bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas lima kesalahan berkenaan dengan sindiket kad pengenalan palsu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rafie Sirini, 26, selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.

Dalam pada itu, tertuduh juga dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara dua bulan.

Semua kesalahan itu dilakukan pada 11 Januari tahun ini jam 4.30 petang, di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­sa Aras 4, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jalan Sulaman, di sini.

Untuk kesalahan pertama dan kedua, tertuduh dikenakan penjara setiapnya setahun, kerana memiliki dua MyKad individu atas nama Azrin Matasin nombor 000311- 12- 1599 dan Muhammad Zamril Isnidil nombor 950309-12-6007.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) ( o) Peraturan- Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun, atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000.

Ketiga dan keempat, Rafie memiliki 14 keping MyKad palsu yang mana gambar diubah dan 55 keping sijil lahir palsu.

Tertuduh dikenakan penjara setahun bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Rafie didakwa mengikut Seksyen 25 (1) ( e) Peraturan- Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, memperuntu­kkan penjara sehingga tiga tahun, serta denda minimum RM3,000 dan maksimum RM20,000, atau kedua-duanya.

Kelima, tertuduh dikenakan penjara 18 bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan, kerana memiliki dua setem lancungan atas nama JPN Putrajaya dan Sandakan.

Ataskesala­hanitu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 259 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, pengadu seorang pegawai JPN menerima maklumat daripada Unit Dokumentas­i Kad Pengenalan, terdapat seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an disyaki terlibat dalam sindiket pengeluara­n kad pengenalan palsu.

Tertuduh kemudian ditahan dan siasatan awal menemui tiga resit akuan penerima permohonan daftar lewat dan kad pengenalan palsu pada fizikal tertuduh.

Pemeriksaa­n dibuat ke atas sebuah kereta dan menemui sebuah beg galas mengandung­i, dua kad pengenalan tulen, 14 keping salinan kad pengenalan yang diubah gambar dan dua setem lancungan atas nama JPN Putrajaya dan Sandakan.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani setiap hukuman itu secara serentak.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwara­ya Omar Faiz Abdul Kahar.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkua­sa JPN Mohamad Yusri Hashim menyatakan, pihaknya sudah lama mengesan perkara terbabit melalui beberapa serbuan yang dilakukan di seluruh negara.

“Kita tidak mahu keselamata­n dan hak rakyat tergadai. Para majikan haruslah berhati-hati dan menyelidik dahulu latar belakang pekerja sebelum diambil bekerja,” katanya.

 ??  ?? RAFIE (kiri) diiringi oleh pegawai JPN, selepas prosiding mahkamah.
RAFIE (kiri) diiringi oleh pegawai JPN, selepas prosiding mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia