Utusan Borneo (Sabah)

Polis cekup tiga penagih dadah, juga dipercayai suspek kes ragut

Juga dipercayai suspek kes ragut di hadapan Milimewa, Fajar pada 23 September

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tiga penagih dadah suspek kes ragut diberkas berasingan di Kg Hidayat, Kg Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas dan Fajar Jalan Masjid, di sini, antara Rabu dan Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata ketiga-tiga suspek adalah warga tempatan berusia 30 hingga 35 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Tangkapan pertama dibuat di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kg Hidayat kira-kira jam 3.45 petang Rabu, diketuai SI Mohd John menerusi Ops Rentap.

“Tangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan suspek kedua di sebuah pondok Kg Kurnia Jaya, kira-kira 10 minit kemudian, diketuai DSP Yampil Garai,” katanya.

Katanya Insp Muhammad Sobbri pula mengetuai tangkapan suspek ketiga di tapak parkir Restoran Maju Bistro, Jalan Masjid kira-kira jam 2.30 awal pagi, kelmarin.

Fadil berkata penahanan suspek pertama dan kedua dibuat berikutan aduan kes ragut anak seorang lelaki berusia 52 tahun, yang didatangi dua suspek menaiki motosikal merah.

“Telefon bimbit anak pengadu model iPhone 6 bernilai kira- kira RM2,000 dicuri pada 4 Januari, kira-kira jam 5.30 petang semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Hasil serbuan terhadap kedua- dua suspek terbabit pula, polis berhasil merampas telefon bimbit Samsung GTS7580 putih dan ZTE hitam yang disyaki sebagai barang curi.

Beliau berkata siasatan awal menunjukka­n iPhone yang dicuri sudah dijual kepada seorang pengguna Facebook di Bandar Tawau pada harga RM900, 11 Januari lepas.

“Rekod lampau menunjukka­n suspek pertama pernah dipenjarak­an di Penjara Sg Buloh, Selangor selama tiga tahun mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (kes samun).

“Suspek kedua juga pernah dipenjarak­an dua kali kerana positif dadah dalam ujian saringan air kencing,” katanya.

Mengulas mengenai suspek ketiga pula, Fadil berkata lelaki terbabit disyaki terlibat dalam kes ragut di hadapan Milimewa, Fajar, kira-kira jam 1.10 pagi, 23 September 2016.

Suspek dipercayai merampas telefon bimbit Lenovo dan wang tunai RM50 pengadu, dan melarikan diri namun mangsa mengecam nombor pendaftara­n kenderaan dinaiki suspek.

“Dalam kes ini, kita merampas sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam dan anak kunci yang dipercayai digunakan untuk meragut mangsa,

“Siasatan awal mendapati telefon bimbit terbabit diser- ahkan kepada seorang suspek lain yang tinggal di Batu 4 Jalan Apas,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n semakan rekod lampau juga mendapati suspek ketiga pernah ditangkap di Selangor kerana kesalahan positif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Tangkapan pertama dibuat di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kg Hidayat kira-kira jam 3.45 petang Rabu, diketuai SI Mohd John menerusi Ops Rentap. Tangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan suspek kedua di sebuah pondok Kg Kurnia Jaya, kira-kira 10 minit kemudian, diketuai DSP Yampil Garai. ” ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau

 ??  ?? POLIS menahan kenderaan yang dipercayai digunakan untuk jenayah ragut.
POLIS menahan kenderaan yang dipercayai digunakan untuk jenayah ragut.
 ??  ?? SUSPEK diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes ragut iPhone.
SUSPEK diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes ragut iPhone.
 ??  ?? BARANG- barang rampasan polis terhadap dua suspek yang diberkas di Batu 4 Jalan Apas.
BARANG- barang rampasan polis terhadap dua suspek yang diberkas di Batu 4 Jalan Apas.
 ??  ?? KEDUA- dua suspek digari oleh polis dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
KEDUA- dua suspek digari oleh polis dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia