Utusan Borneo (Sabah)

Empat gempa bumi gegar Itali dalam tempoh empat jam

-

MONTEREALE: Itali mengalami empat gempa bumi dalam tempoh empat jam kelmarin, yang membunuh satu orang dan membawa ketakutan ke kawasan gunung yang diliputi salji dan masih belum pulih daripada beberapa gegaran berdarah pada tahun lepas.

Gempa bumi itu, semua berukuran melebihi magnitud lima, berlaku berdekatan Amatrice, bandar gunung yang dimusnahka­n oleh gempa bumi pada Ogos lalu yang mengorbank­an hampir 300 orang.

Mayat seorang mangsa dijumpai di bawah puing sebuah bangunan di bandar Castel Castagna, dalam wilayah Teramo, pihak berkuasa tempatan menyebut dalam satu kenyataan.

Apabila senja tiba dan suhu menjunam, kebimbanga­n meningkat bagi penduduk kampung kecil yang terpencil yang terputus hubungan disebabkan oleh salji tebal.

Lebih 130,000 buah rumah tidak ada bekalan elektrik. Seorang ibu dan anaknya yang diheret keluar dari runtuhan sebuah kotej desa yang roboh dekat Teramo dalam wilayah Abruzzo didapati mengalami hipotermia.

Sejurus sebelum senja, Nello Patrizi, seorang petani di Montereale, ke selatan Amatrice, sedang berjalan bersama anjingnya, untuk memeriksa lembu yang berdiri dalam salji setinggi paras lutut.

“Ia adalah satu kejutan apokalipti­k. Kami ketakutan,” kata warga berusia 63 tahun itu kepada AFP.

“Gempa pertama cukup teruk, gempa lain seakanakan jauh lebih kuat. Kita ada gambaran bahawa segalanya akan roboh, orang menjerit.

“Dengan semua salji pada pagi tadi, orang tidak dapat keluar dari rumah mereka. Saya fikir ‘apa yang kita perlu sekarang adalah gempa bumi’ dan inilah dia.”

Fabio di Gianfrance­sco, 55, memandu dari Rom ke sebuah lagi kampung kecil, Aringo, untuk melihat keadaan ahli keluarga yang sudah tua.

“Mereka terperangk­ap di dalam rumah disebabkan oleh salji,” katanya.

“Kami mengeluark­an mereka dan kemudian membantu kirakira 10 penduduk terakhir di sini untuk keluar.”

Ada yang sudah menjumpai tempat tinggal alternatif di sebuah ladang berdekatan, dan kira-kira 160 orang bersiap sedia untuk bermalam di bawah kanvas sebuah khemah gergasi di sebuah padang sukan tempatan.

Ia adalah tempat penginapan yang pernah dilihat oleh Carmine Cresciotti, 74, yang memberitah­u dia baharu sahaja kembali ke rumahnya sebelum Krismas selepas gempa bumi sebelum ini.

“Saya ada 11 ekor kucing dan seekor anjing,” katanya.

“Apabila gempa bumi lain berlaku, semua orang me-ninggalkan haiwan, dan sekarang mereka tidur di tempat saya tetapi mereka akan me-nunggu saya di luar sehingga saya kembali,” ujarnya.

Gegaran pertama kelmarin berlaku pada jam 10.25 pagi (waktu tempatan).

Pemantau menganggar­kan kekuatanny­a di antara magnitud 5.1 hingga 5.3. Gempa kedua, 50 minit kemudian, diukur 5.7 oleh Pusat Seismologi Mediterran­ean Eropah (EMSC) dan 5.4 oleh INGV di Itali.

Kedua-dua pemantau mengukur gempa ketiga, beberapa minit kemudian, pada 5.3, dan satu daripada lebih 100 gegaran susulan besar berukuran 5.1 pada jam 2.30 petang.

Gegaran dirasai dengan kuat di wilayah-wilayah Abruzzo, Lazio serta Marche dan dengan jelas sekali di Rom, lebih 100 kilometer dari pusat gempa.

Penduduk Aquila, di mana lebih 300 orang maut dalam gempa bumi pada 2009, bergegas keluar ke jalan yang diliputi salji dalam keada-an panik tetapi bandar itu mengalami kerosakan kecil sahaja.

Amaran runtuhan salji dikeluarka­n di seluruh wilayah yang mempunyai beberapa pusat peranginan luncur ais dan gunung tertinggi, Gran Sasso, setinggi 2,912 meter.

Di Amatrice, menara loceng Gereja Sant’Agostino yang dibina pada abad ke-15 telah roboh. Ia sudah dirosakkan oleh gempa bumi pertama yang melanda bahagian tengah negara yang bergunung-ganang antara Ogos dan Oktober tahun lepas.

Kebanyakan mereka yang mati dalam gempa itu berada di Amatrice, sebuah lokasi yang indah dan penuh dengan pelancong pada kemuncak musim panas.

Dua lagi gempa menggegark­an wilayah itu pada Oktober lalu, dengan gempa paling kuat berukuran 6.5 magnitud.

Datuk Bandar Amatrice, Sergio Pirozzi meratapi nasib buruk yang dialami bandarnya.

“Saya tidak tahu sama ada kami telah melakukan sesuatu yang jahat atau tidak. Itulah apa yang saya telah tanya sejak semalam. Kami mengalami salji setinggi dua meter dan sekarang satu lagi gempa bumi!”

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ORANG ramai berhimpun di jalan raya selepas gempa bumi menggoncan­g bangunan di Rom, Itali kelmarin.
— Gambar Reuters ORANG ramai berhimpun di jalan raya selepas gempa bumi menggoncan­g bangunan di Rom, Itali kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia