Utusan Borneo (Sabah)

PAITAN PULA BANJIR

37 penduduk di Kg Binsulung dipindahka­n ke pusat pemindahan di dewan serbaguna

-

BELURAN: Hujan yang berterusan sejak jam 11 pagi hingga ke petang pada Khamis menyebabka­n beberapa perkampung­an di kawasan Paitan terus dilanda banjir.

Air banjir yang masih bertahan dan sedikit surut sebelum hujan turun semula, menyebabka­n air banjir terus naik dan pemindahan penduduk terjejas banjir terpaksa dilakukan.

Antara kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Binsulung di Sugut/ Paitan, manakala beberapa perkampung­an lain terputus hubungan akibat jalan ditenggela­mi air dan tidak boleh dilalui kenderaan, kecuali menggunaka­n bot.

Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu berkata seramai 37 orang dari lapan keluarga di sekitar Kampung Binsulung telah dipindahka­n kelmarin di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir (PPMB) di Dewan Serbaguna Kampung Binsulung, Paitan.

Daripada jumlah itu, 13 adalah lelaki dewasa termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU), 11 perempuan dewasa termasuk seorang warga emas dan 13 kanak-kanak.

Pihaknya bersama Pejabat Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) DUN Sugut dan anggota dari agensi keselamata­n seperti bomba (Kinabatang­an), polis ( Beluran) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dari Pitas sentiasa memantau keadaan dan memastikan operasi bantuan dan pemindahan mangsa banjir dapat dilakukan segera jika keadaan memerlukan demi keselamata­n penduduk.

Menurutnya Bilik Gerakan Bencana Alam ( Banjir) turut dibuka dan beroperasi sepanjang masa di Pejabat Daerah Kecil (PDK) Paitan untuk menyelaras gerakan operasi membantu mangsa banjir yang terlibat.

“Pihak Jabatan Kebajikan (Beluran) dan pihak petugas Hospital Daerah Beluran turut terlibat dalam usaha memberi bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir di pusat pemindahan,” katanya.

Sementara itu, amaran hujan lebat yang dikeluarka­n pada jam 4.20 petang kelmarin oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) meramalkan hujan sederhana dan kadangkala lebat yang masih berlaku, dijangka berterusan untuk tempoh melebihi satu hari di kawasan pantai timur, termasukla­h di kawasan Beluran/Paitan.

Dalam perkembang­an berkaitan, banjir yang melanda di beberapa kampung yang terjejas Rabu seperti Kg Piuludan Beluran, Kg Jaya Bakti dan Kg Memanjang ( daerah Sandakan) berhampira­n jalan ke Pekan Beluran, kini surut lebih 80 peratus lewat petang kelmarin.

Sehubungan itu, Pegawai APM Daerah Sandakan Ahmad Roslan berkata operasi banjir di Kg Memanjang ditamatkan pagi kelmarin dan tiada pemindahan dilakukan di kampung berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Daerah Kinabatang­an telah menghantar enam anggota diketuai PBKII Asmori Dhaiarshah ke Paitan untuk membantu operasi pemindahan dan pemantauan keadaan banjir di kawasan Paitan, khasnya di Kampung Binsulung.

Ekoran banjir itu, beberapa sekolah di kawasan Paitan dilaporkan tidak dapat beroperasi dan terpaksa ditutup demi keselamata­n, sama ada ditenggela­mi banjir atau laluan masuk ke sekolah tidak boleh dilalui akibat banjir dan aliran air yang deras.

Antara sekolah yang terjejas ialah SK Binsulung, SK Sungai-sungai, SK Simpangan dan SK Tampat, kesemuanya di kawasan Sugut/ Paitan, Beluran.

 ??  ??
 ??  ?? Oleh SALMAN ABADI
Oleh SALMAN ABADI
 ??  ?? SK SIMPANGAN turut dinaiki air banjir menyebabka­n persekolah­an terjejas.
SK SIMPANGAN turut dinaiki air banjir menyebabka­n persekolah­an terjejas.
 ??  ?? SK BINSULUNG terpaksa ditutup kerana ditenggela­mi banjir.
SK BINSULUNG terpaksa ditutup kerana ditenggela­mi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia