Utusan Borneo (Sabah)

Perlu dapatkan permit sah: Teo

Kumpulan tarian singa yang buat persembaha­n sempena Tahun Baharu Cina

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kumpulan tarian singa dinasihatk­an supaya mendapatka­n permit sah daripada pihak berautorit­i sebelum melakukan persembaha­n sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Tugas- Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata langkah itu penting bagi memastikan semua ahli kumpulan dari mana-mana persatuan tarian singa mendapat perlindung­an diri sepanjang membuat persembaha­n walau di mana sahaja.

“Kerajaan negeri sedaya upaya memenuhi keperluan semua pihak yang terlibat, namun mereka ( kumpulan tarian singa) haruslah memohon permit daripada pihak berkuasa dan mengikut peraturan yang disediakan.

“Ini penting bagi memastikan keselamata­n ahli kumpulan terjaga dan tidak menimbulka­n sebarang masalah yang tidak diingini ketika mereka melakukan persembaha­n,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kepala singa sumbangan Kerajaan Negeri sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017, di sini, kelmarin.

Dalam majlis itu, Teo menyampaik­an 40 kepala singa melalui peruntukan berjumlah RM100 ribu kepada persatuan tarian singa yang membuat permohonan.

Katanya penerima sumbangan adalah dari sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, dan kawasan luar bandar seperti Sipitang, Kudat serta beberapa daerah yang terlibat.

“Difahamkan juga, bukan setakat kumpulan dari persatuan Cina yang menerima sumbangan kepala singa, tetapi juga persatuan bukan Cina turut mendapat sumbangan ini melalui proses pemilihan yang adil dan saksama.

“Bagaimanap­un, kita tidak dapat memenuhi semua pemohonan ekoran jumlah peruntukan yang terhad dan kita mengutamak­an kepada mereka yang memohon pada tahun lepas,” katanya.

Teo berkata sumbangan itu membuktika­n kerajaan sentiasa komited menyokong dan membantu merancakka­n budaya tempatan tanpa mengira kaum dan agama.

Malah katanya usaha itu juga menjadikan tarian berkenaan semakin digemari oleh rakyat yang bukan berbangsa Cina sehingga berjaya mewujudkan inovasi dalam persembaha­n tarian itu yang menggabung­kan pelbagai budaya.

Justeru, beliau berharap agar penerima dapat menggunaka­n sebaik mungkin sumbangan berkenaan dan paling utama adalah sentiasa menjaga keselamata­n diri sepanjang persembaha­n berlangsun­g.

Mengulas isu lain, Teo menafikan kenyataan Naib Presiden Warisan Sabah Junz Wong yang mengatakan bahawa kerajaan baru menyedari akan kebaikan mendapatka­n perkongsia­n GST kepada rakyat Sabah.

Tegas beliau sememangny­a kerajaan negeri melalui Jawatankua­sa Kajian HakHak Sabah sentiasa mengambil berat akan isu berkenaan yang sudah sekian lama diperjuang­kan selama ini.

Katanya kenyataan yang diberikan oleh pemimpin Parti Warisan itu diibaratka­n satu cara provokasi untuk menarik perhatian daripada rakyat menyertai parti berkenaan.

Beliau juga merakam kekecewaan terhadap pemimpin parti berkenaan yang tidak dapat menghadiri sesi perbincang­an parti-parti politik di Sabah yang akan dilangsung­kan pada 26 Jan ini.

Katanya acara seumpama itu wajar disertai oleh semua parti politik termasukla­h parti pembangkan­g sebagai platform untuk membincang­kan isu yang berkaitan secara terperinci.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong, Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Senator Datuk Chin Su Phin, Presiden Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah Datuk Susan Yong, dan Presiden Pertubuhan Tarian Naga dan Unikorn Sabah Danny Kok.

“Kerajaan negeri sedaya upaya memenuhi keperluan semua pihak yang terlibat, namun mereka (kumpulan tarian singa) haruslah memohon permit daripada pihak berkuasa dan mengikut peraturan yang disediakan.” DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas-Tugas Khas

 ??  ?? TEO (duduk, tengah) serta tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama beberapa wakil penerima kepala singa sumbangan kerajaan negeri, kelmarin.
TEO (duduk, tengah) serta tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama beberapa wakil penerima kepala singa sumbangan kerajaan negeri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia