Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu maut tersepit dalam kemalangan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan maut dalam satu kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Jalan Lintas, di sini, malam Rabu lalu.

Mangsa dikenali sebagai Daniel Iskandar Abdullah, 34, beralamat di Kingfisher Park Lorong Ujana disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu membabitka­n tiga kenderaan jenis Honda Civic, Perodua Myvi dan Toyota Camry.

“Siasatan awal kejadian mendapati pemandu yang menaiki kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Inanam menuju ke Lintas Damai.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan kemudianny­a memberi isyarat untuk masuk ke lorong kiri didatangi mangsa yang memandu kereta Toyota Camry dari laluan sama.

“Pemandu Perodua Myvi kemudianny­a bertindak menukar laluan ke lorong kanan kembali bagi mengelak daripada terlanggar kereta mangsa yang dipercayai dipandu dengan laju.

“Impak kejadian menyebabka­n pemandu Perodua Myvi terlanggar bahagian belakang kiri kereta Honda Civic sebelum kereta terbabit terpusing di jalan raya manakala pemandu Perodua Myvi gagal mengawal kenderaann­ya sebelum terbabas di dalam parit di pembahagi jalan.

“Mangsa yang cuba mengelak daripada pertembung­an dua kenderaan itu kemudianny­a terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar pokok lalu masuk ke laluan bertentang­an,” katanya.

Chandra berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah dan tersepit dalam Toyota Camry yang dipandunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya polis masih menjalanka­n sisatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah Penguasa Bomba Khatizah Rahaban berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 10.23 malam sebelum menggegask­an lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas.

“Kejadian membabitka­n tiga kenderaan dan terdapat seorang mangsa tersepit di bahgaian pemandu kereta Toyota Camry.

“Anggota bomba menjalanka­n operasi mengeluark­an mangsa tersepit dan operasi mengambil masa kira-kira sejam sebelum mangsa berjaya dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak ambulans sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi keseluruha­n tamat pada jam 11.10 malam.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang rosak teruk selepas kemalangan di Jalan Lintas malam Rabu lalu.
KEADAAN kenderaan yang rosak teruk selepas kemalangan di Jalan Lintas malam Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia