Utusan Borneo (Sabah)

Dua penempatan setinggan diserbu op bersepadu

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kira-kira 160 rumah setinggan di Sri Aman dan Sg Buaya Batu 3 Jalan Apas, di sini, diperiksa dalam Op Bersepadu IPD Tawau/Esscom bersama Agensi Suruhanjay­a Tenaga, dari jam 3.30 sehingga 10 pagi kelmarin.

Operasi itu diperkuatk­an dengan lapan pegawai dan 116 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi serta dipantau Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Selain Esscom, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Suruhanjay­a Tenaga, turut terlibat Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Turut serta, Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Jabatan Imigresen Tawau, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Air dan Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam operasi itu juga, 121 orang dan 11 motosikal diperiksa, membawa kepada penahanan 17 lelaki dan 22 perempuan.

“Selepas proses pemeriksaa­n dokumentas­i oleh Imigresen, empat lelaki ditangkap untuk serahan ke Pusat Tahanan Sementara kerana tidak mempunyai keterangan diri,” katanya.

Katanya 12 tin susu pekat, 76 tin minuman berkarbona­t, 11 pek mi segera, lapan paket tepung gandum, lapan unit mentol lampu dan 12 botol minuman berkarbona­t 2.5 liter turut dirampas.

Fadil berkata operasi itu dijalankan berikutan aduan penduduk berhubung aktiviti penyambung­an haram di keduadua penempatan setinggan terbabit.

“Operasi ini untuk mencegah dan menangkap sekiranya ada kesalahan melibatkan pendatang tanpa izin, jenayah atau penyeludup­an,” katanya.

Menurutnya operasi itu juga untuk memberi kawalan keselamata­n terhadap petugas SESB dan Jabatan Air serta memeriksa kedai runcit tidak berlesen.

Hadir sama, Ketua Staf Siasatan Khas/ Teknikal Esscom SAC Dato Carleel Mohd Effendi, Pegawai Turus Siasatan Khas/Teknikal Esscom DSP Batholomew Umpit dan Pegawai Koordinasi 11, Siasatan khas/Teknikal Esscom Insp Kusmass Enos.

 ??  ?? KAWALAN dilakukan kepada petugas SESB yang memasuki kawasan penempatan setinggan.
KAWALAN dilakukan kepada petugas SESB yang memasuki kawasan penempatan setinggan.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N dokumentas­i penduduk turut dijalankan.
PEMERIKSAA­N dokumentas­i penduduk turut dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia