Utusan Borneo (Sabah)

373 kg kabel penyambung­an elektrik haram dirampas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kira- kira 373kg kabel penyambung­an elektrik haram berjaya dirampas di dalam Op Bersepadu IPD Tawau/ Esscom bersama Agensi Suruhanjay­a Tenaga, dari jam 3.30 sehingga 10 pagi kelmarin.

Operasi itu dijalankan di dua penempatan setinggan berjiran, Sri Aman dan Sg Buaya Batu 3 Jalan Apas, selain satu lokasi tambahan iaitu setinggan berhampira­n SK Bandar.

Utusan Borneo yang turut menyertai operasi difahamkan terdapat kira- kira 300 kediaman penduduk di Sri Aman dan Sg Buaya dipercayai terlibat di dalam kegiatan itu.

Dalam operasi itu juga, sebuah surau didapati dijadikan sebagai salah satu ‘ induk’ yang menghubung­kan kabelkabel elektrik ke rumahrumah setinggan di kawasan terbabit.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Jul, 50-an, mengakui membayar wang sewa RM20 sebulan kepada ‘pemberi sewa’ bekalan elektrik di kawasan terbabit.

“Saya sudah 10 tahun tinggal di sini dan setiap bulan kami membayar RM20 kepada kawan yang membantu memasang penyambung­an ini di rumah,” katanya.

Jul yang berasal dari Filipina berkata demikian ketika ditemurama­h, bagaimanap­un beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti ‘ kawan’ yang dimaksudka­nnya.

Pada masa sama, beliau akui perlu mengeluark­an wang sendiri untuk menampung kos kelengkapa­n yang diperlukan sebelum pemasangan dilakukan oleh ‘kawan’ mereka.

Hasil pemerhatia­n yang dijalankan, penyambung­an kabel di kedua-dua kampung itu dilakukan di kawasan pokok, tiang, titian kayu, dan disembunyi­kan di dalam hos air.

Kerja pemotongan kabel di Sri Aman dan Sg Buaya juga menemukan tiga ‘punca kuasa’ yang menjadi sumber bekalan penyambung­an elektrik haram terbabit dijalankan.

Berikutan itu, Agensi Suruhanjay­a Tenaga dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bertindak memotong kabelkabel yang bersambung ke rumah-rumah penduduk.

Malah, sebuah ‘distributi­on bo x’ yang difahamkan dijadikan sebagai pusat penyambung­an kabel-kabel ke rumah-rumah penduduk di kedua- dua setinggan, disita.

Operasi itu diperkuatk­an dengan lapan pegawai dan 116 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi serta dipantau Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Selain Esscom, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Suruhanjay­a Tenaga, turut terlibat Pasukan Gerakan Am (PGA), SESB dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Turut serta, Jabatan Imigresen Tawau, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Air dan Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia