Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Sabah sasar 1 Rapi di penempatan atas air tahun ini

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sabah menyasarka­n pemilik rumah memiliki satu alat pemadam api bagi sebuah rumah di penempatan atas air dalam halatuju jabatan itu tahun ini.

Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata tindakan itu adalah bagi memastikan penduduk dapat menjalanka­n operasi pemadaman di rumah sendiri bagi tujuan keselamata­n dan dapat menyelamat­kan harta benda daripada musnah dalam kebakaran.

“Kita akan menjalanka­n kempen 1 Rumah 1 Pemadam Api (1 Rapi) di setiap penempatan atas air di negeri ini bagi memberi kesedaran awal kepada penduduk tentang bahaya api.

“Dalam kempen itu, JBPM menawarkan harga alat pemadam api yang jauh lebih murah iaitu hanya RM80 dan boleh dibayar secara ansuran, agar penduduk dapat memiliki sekurangku­rangnya satu alat pemadam api bagi sebuah rumah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, di sini, kelmarin.

Nordin berkata pihaknya akan memulakan kempen di setiap penempatan atas air bermula di Semporna diikuti Lahad Datu, Sandakan, Kudat dan di kawasan Kota Kinabalu sendiri.

Menurutnya kempen pertama yang dilaksanak­an di Tawau pada tahun lalu menunjukka­n sambutan positif daripada penduduk penempatan atas air selepas kira-kira 200 unit alat pemadam api berjaya dijual kepada penduduk.

“Bagi kempen ini, Pasukan Bomba Komuniti berperanan mendekati masyarakat untuk memberikan tunjuk ajar penggunaan alat pemadam api dengan cara betul kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata sepanjang 2016, JBPM merekodkan sebanyak 760 rumah musnah akibat kebakaran di kawasan penempatan atas air yang membabitka­n sejumlah 23 kes keseluruha­n.

 ??  ?? NORDIN memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, kelmarin.
NORDIN memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia