Utusan Borneo (Sabah)

Suami cederakan isteri dipenjara 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bertindak mencederak­an isterinya apabila tidak tahan diarah, dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ramzi Opong, 49, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh mencederka­n mangsa yang berusia 43 tahun, di dalam tandas sebuah rumah, Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, pada 10 Disember tahun lalu.

Berdasarka­n fakta kes, pada 11 Disember tahun lalu, pengadu membuat laporan polis mengenai perselisih­an faham antara suaminya dan tidak tahan dengan perlakuan tertuduh.

Punca kejadian, tertuduh tidak puas hati dengan tindakan isterinya yang sering mengarah membuat kerja rumah.

Akibat itu, tertuduh menumbuk dan menolak kepala di dinding, serta menendang pengadu ke dalam tandas sehingga jatuh.

Pengadu yang mengalami luka di bahagian lutut, bengkak di kepala dan lebam di tangan kiri, berteriak memanggil ayahnya yang tinggal bersebelah­an, lalu melarikan diri.

Ramzi yang tidak diwakili peguam, memohon hukumannya diringanka­n dan bermula dari tarikh ditangkap.

Dalam kes berasingan, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 21 Februari tahun ini sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki, yang didakwa atas pertuduhan sama.

Keputusan itu dilakukan terhadap Nicholas Benedict Berry, selepas mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mencederak­an seorang lelaki, pada 11 November tahun lalu jam 6 petang, di sebuah rumah, Jalan Kijang, Luyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia