Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus kafe didakwa cabul pekerja

-

KOTA KINABALU: Seorang pengurus sebuah kafe mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan mencabul seorang pekerja wanita.

Stanly Jilang, 38, yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dituduh menggunaka­n kekerasan jenayah mencabul mangsa yang berusia 24 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Januari tahun ini jam 1 petang, di kafe salah sebuah hotel, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun atau dengan denda, atau sebat, atau dua daripadany­a.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 9 Februari tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Stanly.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berhadapan hukuman penjara minimum lima tahun, apabila didakwa memiliki senjata berbahaya.

Mohd Azame Gumpar, 25, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, yang mana didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan 2014).

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara lima tahun hingga sepuluh tahun, serta dikenakan sebatan.

Tertuduh didakwa tanpa sebab yang munasabah, didapati menyimpan kerambit pada 22 Oktober tahun lalu jam 11 malam, di luar kedai Speedmart, 1Borneo, di sini.

Mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, ke atas tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia