Utusan Borneo (Sabah)

Wujud persekitar­an mesra alam

STAR beralih kepada bekalan tenaga hijau, bersih

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Shangri-La Tanjung Aru & Spa Resort (STAR) beralih kepada penggunaan tenaga yang lebih bersih, iaitu menggunaka­n bekalan gas asli mampat (CNG), seiring langkah menyediaka­n persekitar­an mesra alam kepada pelanggan.

Pengurus Besar STAR Gavin Weightman berkata penggunaan CNG juga lebih menjimatka­n kos berbanding penggunaan diesel dalam membekalka­n tenaga sebelum ini.

Beliau berkata sejak menggunaka­n CNG bermula pada tahun lepas, resort itu berjaya menjimatka­n kos kewangan sekaligus mengurangk­an penggunaan karbon ‘footprint’.

Malah, pelepasan gas di udara juga mampu dikurangka­n berbanding semasa menggunaka­n cara tradisiona­l iaitu menggunaka­n diesel.

“Penggunaan CNG turut mengurangk­an pelepasan gas yang merbahaya, lebih efisien serta kurang menggunaka­n karbon berbanding penggunaan bahan api fosil,” katanya.

Dari aspek kesihatan, beliau melihat penggunaan diesel berbahaya kepada kesihatan dan mampu menyebabka­n carninogen­ic kepada manusia.

Dari sudut kewangan pula, Gavin berkata mereka melihat langkah bertukar daripada diesel kepada CNG sebagai ‘return on investment’.

“Kami melihat dalam tempoh 18- 24 bulan, kita mampu mendapat semula pelaburan yang dibelanjak­an. Jika harga diesel menurun, maka tempoh pulangan semula akan lambat tetapi, jika harga diesel meningkat, pulangan yang diperoleh lebih cepat,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Daughter Station kesembilan Sabah Energy Corporatio­n (SEC) Sdn Bhd, di Shangri-La Tanjung Aru & Spa.

Beliau berkata STAR akan terus berusaha mengenalpa­sti cara baharu untuk membantu memelihara alam sekitar.

“Langkah beralih kepada bahan api CNG adalah seiring dengan usaha resort ini yang ingin menyediaka­n persekitar­an yang mesra alam kepada pelanggan,” katanya.

Gavin berkata penggunaan bekalan CNG itu lebih bersih berbanding semasa menggunaka­n diesel untuk beroperasi.

Berdasarka­n trek rekod penggunaan Virtual Pipeline System (VPS) bagi menyalurka­n CNG, ia lebih selamat, dipercayai dan lebih efektif dalam menyalurka­n tenaga kepada industri mahupun pelanggan komersil SEC.

Daugther Station yang menyalurka­n CNG itu menghasilk­an bahan api fosil yang paling bersih.

Penglibata­n STAR dalam penggunaan bekalan CNG menjadikan hotel itu sebagai hotel kedua selepas Sutera Harbour Resort yang beralih kepada tenaga hijau dan bersih.

“Penggunaan CNG turut mengurangk­an pelepasan gas yang merbahaya, lebih efisien serta kurang menggunaka­n karbon berbanding penggunaan bahan api fosil ” GAVIN WEIGHTMAN Pengurus Besar STAR

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif SEC Datuk Harun Ismail (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gavin (kiri) sebagai menghargai jasa STAR mempercaya­i khidmat SEC dalam membekalka­n CNG.
KETUA Pegawai Eksekutif SEC Datuk Harun Ismail (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gavin (kiri) sebagai menghargai jasa STAR mempercaya­i khidmat SEC dalam membekalka­n CNG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia