Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan kerjasama, silaturahi­m “Lawatan rumah ke rumah serta beramah mesra dengan masyarakat setempat mampu mewujudkan kerjasama kukuh antara PDRM dan masyarakat. ” SUPERINTEN­DAN DOUGLAS NYEGING TAONG Ketua Polis Daerah

Antara pasukan polis dengan penduduk pulau

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Mewujudkan kerjasama dan mengeratka­n silaturahi­m antara Polis Diraja Malaysia ( PDRM) bersama masyarakat setempat yang tinggal di pulaupulau adalah antara objektif lawatan Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong ke Kampung Malawali dan SK Tanjung Malawali Pulau Bangi, di sini, baru-baru ini.

“Lawatan ini juga untuk mendapatka­n maklumat berhubung soal keselamata­n dan pendatang tanpa izin di kampung ini,” katanya.

Beliau memberitah­u semasa lawatan itu, sesi taklimat ringkas mengenai isu keselamata­n dan isuisu semasa turut diadakan bersamasam­a penduduk kampung.

Melalui lawatan itu juga, katanya, ia turut memberi keyakinan kepada masyarakat tentang usaha berterusan PDRM Kudat dalam mengekang sebarang ancaman keselamata­n selain menyelami permasalah­an yang dihadapi oleh masyarakat dari segi keselamata­n.

Douglas berkata kehadiran pegawai- pegawai kanan polis dari IPD Kudat serta rombongan disambut baik oleh masyarakat setempat.

“Lawatan rumah ke rumah serta beramah mesra dengan masyarakat setempat mampu mewujudkan kerjasama kukuh antara PDRM dan masyarakat,” katanya.

Lawatan itu turut disertai oleh tiga pegawai kanan polis dan 14 anggota lain. Sementara itu, kehadiran penduduk seramai 165 orang diketuai oleh Ketua Kampung Akmanju Anding.

Antara kemudahan yang terdapat di kampung itu ialah sebuah jeti, sebuah balai raya, sebuah surau, sebuah sekolah rendah dengan sepuluh orang guru selain pos pasukan keselamata­n.

Kebanyakan penduduk di kampung itu bekerja sebagai nelayan dengan memiliki dua kapal ikan dan 20 bot enjin sangkut.

 ??  ?? DOUGLAS bersama para pegawai kanan dan anggotanya bersama penduduk kampung itu.
DOUGLAS bersama para pegawai kanan dan anggotanya bersama penduduk kampung itu.
 ??  ?? DOUGLAS bersalaman dengan para penduduk kampung sebaik ketibaanny­a.
DOUGLAS bersalaman dengan para penduduk kampung sebaik ketibaanny­a.
 ??  ?? DOUGLAS bergambar bersama kanak-kanak di kampung itu.
DOUGLAS bergambar bersama kanak-kanak di kampung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia