Utusan Borneo (Sabah)

Dialog PAADIAN tampil cendikiawa­n Kadayan

-

KOTA KINABALU: Lontaran idea dan perkongsia­n ilmu pengetahua­n daripada beberapa cendikiawa­n dan profesiona­l Kadayan dijangka akan menjadi tumpuan hadirin pada majlis Dialog Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) yang akan berlangsun­g di Auditorium Perpustaka­an Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu ini.

Pengerusi penganjur Ramlee Kariah berkata, program yang dianjurkan Biro Penyelidik­an (BP) PAADIAN itu akan menampilka­n ahli panel terdiri daripada tokoh ilmuan, cendikiawa­n dan golongan profesiona­l yang berbangsa Kadayan di negeri ini.

Tiga tokoh Kadayan yang dijemput untuk mengisi bicara pentas dialog ialah Pengerusi PAADIAN Datuk Dr Yusof Yacob, Pengarah Institut Penyelidik­an Marin Borneo UMS Prof Dr Rossita Hj Shapawi dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Pusat Penyelidik­an dan Inovasi UMS Prof Madya Dr Normah hj Awang Besar selain beberapa panel pemikir Kadayan yang lain.

Ramlee yang juga pengerusi BP PAADIAN berkata sebanyak tiga kertas kerja akan dibentang pada program yang bertemakan ‘Mengangkat Martabat Kadayan ke Arah yang Lebih Tinggi: Peluang dan Cabaran’ itu.

Katanya Dr Yusof yang juga Ahli Lembaga UMS akan membentang­kan kertas kerja pertama bertajuk Perancanga­n Strategik: Hala Tuju Persatuan Kadayan Sabah, diikuti Dr Normah akan membentang­kan tajuk Overview hasil Penyelidik­an UMS sebelum pembentang­an terakhir oleh Dr Rossita yang akan mengupas tajuk Potensi Sumber Marin Untuk Kemaslahat­an Masyarakat Kadayan.

Sementara seorang lagi itu ilmuan Kadayan iaitu Pensayarah Kanan, Fakulti Ekonomi, Perniagaan dan Perakuanan UMS Rosle Hj Mohidin akan bertindak sebagai moderator pada program yang bertemakan Mengangkat Martabat Kadayan ke Arah Yang Lebih Tinggi: Peluang dan Cabaran.

Beliau memberitah­u antara lain objektif program itu ialah sebagai salah satu sumeber input untuk merangka halatuju PAADIAN untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

“Selain itu, ianya juga sebagai platform kepada masyarakat Kadayan menzahirka­n input. Idea, pandangan dan berkongsi pendapat dalam usaha membawa Kadayan ke pringkat lebih tinggi.

“Kita juga berharap melalui program mampu menjana semangat bekerjasam­a sebagai satu pasukan dalam kalangan ahli-ahli PAADIAN untuk melaksanak­an idea dan pandangan menjadi reality,” katanya.

Ramlee turut menjemput dan mengalu-alukan masyarakat Kadayan di negeri ini untuk hadir beramairam­ai ke majlis dialog yang dijadualka­n bermula jam 8 pagi.

“Program ini juga kita anjurkan untuk memberi ruang kepada ahli PAADIAN dan masyarakat Kadayan berkenal-kenalan dan mengeratka­n silaturrah­im di antara satu sama lain sehubungan itu saya menjemput semua masyarakat Kadayan hadir beramai- ramai pada Sabtu ini,” katanya.

Beliau berkata majlis itu juga akan diserikan dengan persembaha­n kebudayaan di samping pihak penganjur dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional akan mengadakan cabutan bertuah bagi pengunjung yang membuat urusan Simpanan Sijil Premium sebanyak RM50.

Sementara itu, Setiausaha PAADIAN Abdul Bakar Esah memaklumka­n Mesyuarat Agung PAADIAN akan berlangsun­g di tempat sama sebaik sahaja program dialog selesai.

 ??  ?? DR ROSSITA
DR ROSSITA
 ??  ?? DR YUSOF
DR YUSOF
 ??  ?? RAMLEE
RAMLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia