Utusan Borneo (Sabah)

Promosi segmen pendidikan ke pasaran Korea

Inisiatif tarik golongan guru dan pelajar dari negara itu datang ke Sarawak

-

“Kita akan merangka pakej pelanconga­n pendidikan agar mereka (dari Korea) dapat datang ke Sarawak untuk menjalani program pendidikan sama ada mengenai alam sekitar atau mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris. ” DATUK LEE KIM SHIN Menteri Muda Pelanconga­n

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak sedang berusaha mempromosi segmen pelanconga­n pendidikan kepada pasaran Korea.

Menurut Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin, usaha itu adalah lebih kepada golongan guru dan pelajar dari negara tersebut datang ke Sarawak bagi mengikuti program berasaskan pendidikan.

“Kitaakanme­rangkapake­j pelanconga­n pendidikan agar mereka (dari Korea) dapat datang ke Sarawak untuk menjalani program pendidikan sama ada mengenai alam sekitar atau mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris.

“Pada masa yang sama kita mahu menarik lebih ramai pelajar-pelajar Korea untuk datang melanjutka­n pelajaran di Sarawak, kita mempunyai universiti luar negara seperti Universiti Teknologi Swinburne di Kuching dan Curtin di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kunjungan Hormat Rombangan Guru dari Korea di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, di sini.

Rombangan dianggotai 24 orang guru itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pertukaran Pelajar Malaysia-Korea Jin ManSung yang berada di Sarawak selama empat hari tiga malam.

Lee turut menyifatka­n kunjungan itu sebagai permulaan yang baik ke atas kerjasama bakal dijalin antara kedua- dua pihak dalam sektor pendidikan.

Menurutnya, guru merupakan golongan yang berpengaru­h sekaligus dapat menjadi duta dalam mempromosi­kan negeri ini.

Setakat November tahun lepas, Sarawak mencatatka­n kedatangan pelancong Korea sebanyak 7,900 orang.

Beliau juga Menteri Muda Pengangkut­an Darat dan Udara dan Keselamata­n turut melahirkan harapan agar penerbanga­n langsung dapat diwujudkan dari Sarawak ke Seoul.

“Kita berharap laluan udara Seoul ke Sarawak dapat diwujud dalam masa terdekat agar lebih ramai rakan kita dari Korea dapat ke negeri ini dan kita di Sarawak, dapat berkunjung ke negara tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia