Utusan Borneo (Sabah)

KRT Lompozou anjur Kursus Lanjutan Menenun

-

MATUNGGONG : Seramai 10 orang wanita terdiri daripada penduduk KRT Kg Lompozou, Matunggong menyertai Kursus Lanjutan Menenun anjuranJir­anWanita KRT Kg Lompozou.

Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Mailin Soborong dari KRT Burul Bonduk Tanak Vagu, Matunggong Kursus yang berlangsun­g selama dua hari itu bermula pada 16 dan 17 Januari 2017 ( Isnin dan Selasa), iaitu menenun corak-corak tradisiona­l etnik Rungus pada selendang serta pada pakaian.

Antara matlamat utama kursus ini ialah agar seni warisan tenunan etnik Rungus dapat dipelihara seterusnya dapat diperkemba­ngkan dan dikomersil­kan di mana ianya dapat memberikan pulangan yang baik kepada pengusaha.

Selain itu juga dapat menarik minat pelancong untuk melihat warisan dan kesenian yang ada di Daerah Matunggong.

Hampir 50 orang terdiri daripada Jiran Wanita dan Jawatankua­sa KRT hadir pada acara penutupan kursus pada 18 Januari 2017 (Rabu).

Perasmian penutupan kursus anjuran Jiran Wanita KRT Kg Lompozou ini disempurna­kan oleh Julita Majungki, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Matunggong.

Dalam ucapannya beliau berharap agar bakat, minat dan usaha yang sedia ada ini akan dapat diperkemba­ngkan lagi dan ianya dapat membantu perkembang­an ekonomi bukan sahaja pada keluarga tetapi dalam skop yang lebih meluas lagi.

Beliau juga merancang dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Matunggong akan membuka pusat pengumpula­n hasil kraftangan di Daerah Matunggong yang mudah dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong sebagai langkah membantu pengusaha- pengusaha kraftangan memasarkan hasil tangan dan produk mereka.

Selain itu, beliau juga berharap agar KRT ini akan terus aktif, dan mempunyai semangat bersatu hati, kerjasama dan perpaduan supaya menjadi contoh kepada KRT dan kampung-kampung lain di daerah ini.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA kursus bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
PESERTA kursus bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
 ??  ?? PROSES menetapkan corak pada tenunan.
PROSES menetapkan corak pada tenunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia