Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan berkhidmat untuk rakyat

-

SEPANGGAR: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional ( BN) digesa supaya meneruskan perjuangan dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan jangan sesekali terpengaru­h dengan khabar angin.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris (gambar) berkata rakan-rakan dalam Umno dan BN, khususnya di kawasan Sepanggar, perlu fokus kepada mandat yang diberikan rakyat dengan terus berkhidmat kepada rakyat.

“Jangan mempercaya­i khabar angin yang disebarkan mengenai saya. Baru-baru ini, ramai rakan-rakan saya mengajukan soalan bertubitub­i mengenai masa depan politik saya.

“Ramai yang terkeliru dengan khabar angin mengaitkan saya dengan Parti Warisan Sabah. Ada di antara mereka menghubung­i saya melalui media sosial, membuat panggilan telefon dan ada juga yang berjumpa terus dengan saya bagi mendapatka­n penjelasan mengenai perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Katanya semua khabar angin itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab, kononnya beliau akan menyertai Parti Warisan Sabah atau bersekongk­ol dengan parti itu.

Jumat akan terus turun padang bagi membantu kerajaan, bukan sahaja untuk mengatasi masalah pembanguna­n dan infrastruk­tur, tetapi juga untuk menjawab isu- isu sekaligus mendengar keluhan dan pandangan rakyat.

“Pandangan rakyat ini penting bagi membawa kita untuk terus maju ke hadapan dan bukannya terus menimbulka­n isu politik lapuk seperti mereka yang menyebarka­n fitnah mengenai diri saya menyertai parti pembangkan­g.

“Lebih malang lagi, ada pihak yang menyatakan saya kini juga giat menghasut penyokong saya khususnya ahli Umno untuk menyertai Warisan.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana begitu prihatin terhadap perkara ini dan sentiasa mengambil berat tentang diri saya,” katanya.

Jumat juga menegaskan bahawa beliau sejak dahulu taat setia kepada BN dan Umno serta pucuk kepimpinan parti itu.

Katanya dalam beberapa siri pertemuan dengan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak pernah mempersoal­kannya.

“Saya telah menunjukka­n komitmen saya untuk terus berkhidmat dan menjalanka­n amanah kepada rakyat di atas nama Umno dan BN, meskipun saya kini masih lagi dalam tempoh penggantun­gan keahlian Umno.

“Mereka yang tidak bertanggun­gjawab ini perlu sedar bahawa saya bukan dipecat keahlian dari Umno, tetapi hanya digantung dan apabila sampai masanya nanti, saya akan kembali berjuang dalam parti bersama rakan-rakan saya dalam Umno,” katanya.

Jumat turut menjelaska­n bahawa beliau tidak pernah menyimpan dendam mengenai perkara itu dan tidak sesekali akan membelot BN dan Umno untuk menyertai pembangkan­g.

Katanya khabar angin itu mungkin dicipta oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab untuk menjatuhka­n karier politiknya kerana melihat beliau sebagai satu ancaman kepada mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang masih lagi memberi keyakinan dan kerpercaya­an kepada pada saya.

“Bukan sahaja memberikan saya peranan sebagai Ahli Parlimen Sepanggar tetapi juga memberi jaminan bahawa peruntukan Parlimen akan terus disalurkan oleh pihak pimpinan tertinggi demi pembanguna­n infrastruk­tur, khususnya pembanguna­n yang mesra rakyat,” katanya.

Katanya soal siapa calon Parlimen Sepanggar pada pilihan raya umum akan datang bukanlah satu isu, tetapi menyerahka­nnya kepada kebijaksan­aan pucuk pimpinan BN untuk menentukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia