Utusan Borneo (Sabah)

HBA saran kerajaan wujudkan mekanisme peruntukan bagi pembeli rumah PR1MA

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan seharusnya mewujudkan mekanisme peruntukan bagi pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) berikutan kelayakan pendapatan baharu yang telah dinaikkan dari RM10,000 hingga RM15,000.

Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata memandangk­an lebih ramai kumpulan pendapatan pertengaha­n kini layak memiliki rumah PR1MA, objektif teras program ini, iaitu untuk menyediaka­n rumah mampu milik kepada golongan berpendapa­tan rendah perlu dipertahan­kan.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata peningkata­n kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM15,000 adalah wajar memandangk­an peningkata­n kos sara hidup.

Bagaimanap­un, beliau memberitah­u Bernama peraturan baharu ini juga akan memberi kelebihan, dari segi peluang yang lebih baik untuk mendapatka­n unit rumah kepada golongan pendapatan pertengaha­n berbanding mereka yang berpendapa­tan rendah.

“Pembeli yang berpendapa­tan RM15,000 sebulan tidak harus bersaing dengan pembeli yang mempunyai pendapatan RM5,000 sebulan. Mereka yang berpendapa­tan RM5,000 dan RM15,000 perlu diberi peruntukan rumah yang sesuai berdasarka­n tahap pendapatan masing-masing,” katanya.

Selain meningkatk­an tahap pendapatan isi rumah yang lebih tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa juga mengumumka­n tempohmora­toriumbagi­rumah PR1MA akan dikurangka­n daripada 10 tahun sekarang, kepada lima tahun.

Berhubung perkara ini, Chang melahirkan keraguan dengan berkata tempoh moratorium yang santai boleh menggalakk­an pembeli kali pertama menukar unit PR1MA mereka untuk mendapatka­n keuntungan kewangan sehingga menjejaska­n subpembeli.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar kerajaan mempertimb­angkan pelaksanaa­n tempoh moratorium lima tahun itu hanya bermula dari tarikh pemilikan kosong, dan bukan dari tarikh perjanjian jual beli seperti yang diamalkan sekarang, untuk menghalang spekulasi hartanah.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia