Utusan Borneo (Sabah)

Dua BBP baharu beroperasi tahun ini

Dijangka siap pertengaha­n tahun ini

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) baharu, masingmasi­ng BBP Kimanis dan BBP Beluran, bakal memulakan operasi tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Nordin Pauzi berkata kedua- dua BBP terbabit dijangka siap dalam tempoh pertengaha­n tahun sehingga penghujung tahun ini.

“Sebaik pihak pemaju melaporkan BBP siap sepenuhnya, kita akan memulakan operasi dengan memuatkan seramai 30 hingga 35 anggota di setiap balai, sama seperti BBP sedia ada.

“Kita juga akan menyediaka­n satu jentera bagi setiap BBP bagi melancarka­n operasi pemadaman yang akan dikendalik­an dua standard iaitu Unit Pemadaman dan juga Unit Penyelamat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, di sini, kelmarin.

Nordin berkata dengan adanya BBP baharu di dua kawasan itu, pihaknya mengharapk­an agar respon time atau tindakbala­s pemadaman anggota bomba bertambah baik serta dapat dipercepat­kan bagi mengelak lebih banyak harta atau nyawa akan terkorban.

Dalam pada itu katanya, dua BBP masing-masing di Sook dan Pitas sudah memulakan kerja pembinaan bermula awal Disember tahun lalu.

Tambahnya kedua- dua BBP terbabit dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, Nordin mengesahka­n JBPM Sabah akan mewujudkan Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali dengan K9 di salah sebuah BBP di negeri ini.

“Mengikut perancanga­n awal, kita memilih BBP Kota Kinabalu bagi mengendali­kan unit ini yang dilihat sudah lama ditubuhkan di Semenanjun­g dan kita akan melakukan satu langkah ke hadapan setaraf dengan unit K9 di sana.

“Tambahan pula, kebanyakka­n anggota yang mengendali­kan unit K9 di Semenanjun­g adalah anggota berasal dari Sabah sendiri dan ini dapat memudahkan kerja mengendali­kan unit itu nanti,” katanya.

Beliau berkata Unit K9 diwujudkan di JBPM bagi menjalanka­n kerja menyelamat dengan mengesan mangsa di kawasan terpencil selain membantu anggota mencari punca api kerana keupayaan anjing terlatih mengesan bahan mudah terbakar di lokasi kejadian.

“Kita juga akan menyediaka­n satu jentera bagi setiap BBP bagi melancarka­n operasi pemadaman yang akan dikendalik­an dua standard iaitu Unit Pemadaman dan juga Unit Penyelamat ” NORDIN PAUZI Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

 ??  ?? ANTARA pasukan bomba pelbagai unit yang mengambil bahagian dalam Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, kelmarin.
ANTARA pasukan bomba pelbagai unit yang mengambil bahagian dalam Majlis Perbarisan Tahunan 2017 Bomba di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sabah, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia