Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai kemudahan untuk pendidikan “Terdapat golongan rakyat yang tidak berkemampu­an untuk menyediaka­n kemudahan persekolah­an bagi anak-anak mereka ekoran kos meningkat dan berada dalam garis kemiskinan. ” DATUK ZAKARIA MOHD EDRIS Pembantu Menteri Keraj

K’jaan sentiasa prihatin bela nasib rakyat kurang berkemampu­an

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan sentiasa prihatin dalam membela nasib rakyat golongan kurang berkemampu­an dalam menyediaka­n pelbagai kemudahan terutamany­a untuk keperluan pendidikan di negara ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris berkata kerajaan sedar betapa pentingnya menyediaka­n kemudahan pendidikan kepada anakanak.

“Terdapat golongan rakyat yang tidak berkemampu­an untuk menyediaka­n kemudahan persekolah­an bagi anak-anak mereka ekoran kos meningkat dan berada dalam garis kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa tidak sewajarnya menjadikan itu sebagai alasan untuk mengabaika­n pendidikan anak-anak.

“Kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan termasuk pelbagai bantuan persekolah­an,” katanya ketika berucap pada program lawatan pemantauan bantuan pakaian seragam dan kasut di bawah bantuan perkhidmat­an sosial sumbangan kerajaan negeri ke sekolah-sekolah rendah kerajaan dalam Daerah Sandakan di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sekilan Desa, pagi kelmarin.

Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata pendidikan adalah tiket penting dalam mengubah kehidupan.

Katanya pendidikan dan pembelajar­an yang berterusan di setiap peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi dapat membuka peluang pekerjaan yang cerah seterusnya menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Justeru, katanya, jangan jadikan kepayahan hidup itu sebagai alasan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

“Kebijaksan­aan ibu bapa menyusun dan merancang masa depan anak-anak agar lebih bersesuaia­n dengan perubahan masa, mampu mengurangk­an kegagalan.

“Individu yang cemerlang dalam hidupnya tidak pernah memperkata­kan tentang kegagalan bahkan mereka sentiasa merancang kegiatan yang dapat mendorong ke arah mencapai cita- cita mereka.

“Masa depan negara hari ini sebenarnya terletak pada golongan muda yang masih berada di bangku sekolah, golongan belia dan beliawanis serta mahasiswam­ahasiswi yang bakal menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau meminta semua ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam.

Pada majlis berkenaan, Zakaria mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri serta pihak yang terlibat menyumbang tenaga, wang dan peralatan sekolah untuk murid sekolah berkenaan.

“Semoga segala usaha kita membantu dan membela nasib pelajar dalam kalangan anak- anak yang tidak berkemampu­an dapat menggembir­akan mereka dalam menghadapi sesi persekolah­an yang baharu pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata program itu merupakan satu langkah yang sangat baik kerana dapat membantu para pelajar menyediaka­n keperluan masuk sekolah sekali gus meringanka­n bebanan ibu bapa berpendapa­tan rendah.

 ??  ?? GURU Besar SK Sekilan Desa Jumani Maning menyampaik­an cendera kenangan kepada Zakaria.
GURU Besar SK Sekilan Desa Jumani Maning menyampaik­an cendera kenangan kepada Zakaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia