Utusan Borneo (Sabah)

Menyembah bumi

Rumah tiga sekeluarga runtuh dalam kejadian awal pagi di Kampung Pemindahan, Marudi

-

MARUDI: Sebuah rumah kayu di Lot 243, Kampung Pemindahan di sini yang didiami tiga sekeluarga runtuh sekitar jam 1.15 pagi Rabu.

Pemilik rumah, Dayang Janis Awang Rahman, 70, yang ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian pada Rabu memberitah­u, kejadian berlaku begitu pantas dan ketika itu hanya anak lelakinya iaitu Azman Ali, 42, berada di rumah.

Azman memberitah­u, beliau terdengar bunyi seperti kayu patah dan serentak itu berasakan rumah seolah-olah ‘bergerak.’

Mangsa kemudian terus berlari keluar untuk menyelamat­kan diri sebelum rumah itu ranap.

Azman hanya mengalami kecederaan di bahagian lengannya akibat terkena kayu perkakas patah selepas dihempap rumah.

Pada masa sama, Dayang Janis memberitah­u, ketika kejadian dia berada di rumah sewa anak perempuann­ya di Pekan Marudi bagi memudahkan­nya turun berniaga.

“Saya sedang berada di rumah sewa anak perempuan saya di pekan ketika dimaklum oleh anak lelaki saya (Azman) bahawa rumah kami runtuh pada awal pagi tadi (Rabu).

“Saya bersama ahli keluarga dan rakan lain, kemudianny­a pergi ke rumah kami untuk melihatjik­aadahartab­endayang masih boleh diselamatk­an,” jelasnya.

Bagaimanap­un, menurut Dayang Janis, sebuah motosikal bernilai lebih RM7,000, milik anaknya dan diparkir di bawah rumah ketika itu rosak dan tidak dapat diselamatk­an lagi, selain barangan elektrik dan harta-benda lain dianggarka­n kerugianny­a lebih RM40,000.

“Rumah ini adalah peninggala­n arwah suami saya, Ali Bakar yang telah meninggal dunia tiga tahun lepas dan ia dibina lebih 27 tahun lalu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 pagi diketuai oleh Pegawai Bomba Hashim Norshidi bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

Siasatan awal bomba mendapati runtuhan rumah tersebut dipercayai berpunca daripada tiang utamanya sudah reput, malah sebelum ini rumah kayu berkeluasa­n 30x50 kaki persegi itu difahamkan juga sudah mulai condong.

Laporan polis juga telah dibuat oleh ketua kaum dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi turut dimaklumka­n mengenai perkara tersebut.

Orang ramai ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i sama ada Dayang Janis atau anaknya, Azman di talian 014-8962281 atau 0138416859.

“Saya terdengar bunyi seperti kayu patah dan serentak itu berasakan rumah seolaholah ‘bergerak.’ Saya kemudian terus berlari keluar untuk menyelamat­kan diri sebelum rumah itu ranap.” AZMAN ALI Anak lelaki pemilik rumah

 ??  ?? ADIK Dayang Janis, Salleh Awang Rahman (kanan) serta dua saudaranya yang lain turut berada di tempat kejadian bagi membantu keluarga berkenaan.
ADIK Dayang Janis, Salleh Awang Rahman (kanan) serta dua saudaranya yang lain turut berada di tempat kejadian bagi membantu keluarga berkenaan.
 ??  ?? KEADAAN rumah yang diduduki oleh Dayang Janis dan anak-anaknya yang runtuh awal pagi Rabu.
KEADAAN rumah yang diduduki oleh Dayang Janis dan anak-anaknya yang runtuh awal pagi Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia